Penentuan model tuntutan insurans kesihatan bagi perbelanjaan perubatan di Sabah

Yong, Su Mei (2005) Penentuan model tuntutan insurans kesihatan bagi perbelanjaan perubatan di Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001514.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan sama ada model yang terbaik untuk kesesuaian sampel data perbelanjaan perubatan ialah model taburan paralogistik songsangan dan model taburan Burr. Data sampel kajian adaIah daripada salah sebuah syarikat insurans di Sabah. Data yang digunakan merupakan tuntutan perbelanjaan ke atas insurans kesihatan. Kaedah penganggaran parameter bagi semua taburan adalah dengan menggunakan kaedah kebolehjadian maksimum. Taburan parameter yang dikaji ialah taburan eksponen dan eksponen songsangan (I-parameter), taburan Weibull dan paralogistik songsangan (2-parameter), dan taburan Burr (3-parameter). Ujian penerimaan model dijalankan ke atas taburan parameter dan didapati tiada satu taburan yang diterima. Ujian yang digunakan adalah ujian statistik Pearson Khi kuasadua Kemudian ujian pernilihan model dijalankan dengan menggunakan ujian nisbah kebolehjadian dan ujian Schwartz Bayesian. Hasil daripada kedua-dua ujian pemilihan model menunjukkan bahawa taburan paralogistik songsangan merupakan model yang lebih baik untuk mewakili sampel data. Sementara taburan Burr adalah model yang kedua baik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: medical expenses, paralogistic distribution, Burr distribution, insurance company
Subjects: H Social Sciences > HA Statistics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 Nov 2013 07:01
Last Modified: 17 Oct 2017 05:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7448

Actions (login required)

View Item View Item