lsi ikan kering "Pipus�

Jascica Tening Anak Damit, (2006) lsi ikan kering "Pipus�. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001516.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan adalah untuk menghasilkan Pipus dengan menggunakan ikan kerisi yang bernilai rendah. Kajian ini menggunakan ikan kerisi kerana ikan ini mudah didapati di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Inanam, Tuaran dan Menggatal. Daripada ujian sensori menggunakan ujian skala Hedonik, didapati sampel FS merupakan formulasi terbaik dengan menggunakan 97% isl ikan, 0.78% garam, 0.39% bahan perasa MSG, 0.70% Cili Boh, dan 0.38% air ais. Analisi proksimat menunjukan kandungan protein diperolehi daripada formulasi terbaik iaitu 44.05±0.S7% protein, 1.15±0.92% lemak, 0.70±0.19% gentian kasar, 15.66±0.78% kandungan kelembapan, 0.78±0.14% abu dan karbohidrat 37.66±0.86. Ujian penyimpanan pada produk dilakukan pada tiga keadaan suhu iaitu suhu dingin (0-10°C), suhu billk (28°C-30°C) dan suhu tinggi (400C-50°C) di mana sampel produk yang diuji dibungkus dengan dua jenis bahan plastik iaitu polietelena (PE) dan polipropelena (PP) dan disimpan selama 1 ½bulan. Dalam tempoh ini, suhu dingin dan suhu bilik tidak ada perubahan yang signifikan bagi atribut seperti rasa, aroma dan tekstur yang diuji berbanding pada suhu tinggi dimana kulat jenis termofilik (wujud pada suhu 40°C hingga 50°C) tumbuh dan merosakan sampel produk ini. Penggunaan bahan plastik PP sebagai pembungkusan adalah sesuai kerana plastik inl lebih tebal berbanding plastik PE. Selain itu, plastik PP ini juga dapat menghalang penembusan wap air dan mikroorganisma perosak seperti kulat. Ini dibuktikan dengan ujian mikrob dlmana bakteria dan kulat/ Vis tumbuh pada sampel plastik PE lebih banyak berbanding sampel plastik PP.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pipus, Treadfin Bream, PP plastic, temperature
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 31 Oct 2013 07:45
Last Modified: 17 Oct 2017 05:15
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7451

Actions (login required)

View Item View Item