Pencirian biokimia dan virulen Vibrio alginolyticus terhadap ikan tilapia air payau (Oreochromis Sp)

Mohamad Fadzil Ismail, (2005) Pencirian biokimia dan virulen Vibrio alginolyticus terhadap ikan tilapia air payau (Oreochromis Sp). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001519.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu spesimen bakteria telah dipencilkan daripada ikan tilapia merah ( Oreochromis sp) berpenyakit yang diperolehi daripada hatceri Institut Penyelidikan Marin Borneo Universiti Malaysia Sabah. Spesimen telah dikultur didalam medium Tryptic Sor Agar dengan tambaban 2 % garam dan diinkubasi selama 24 jam pada suhu 24°C. Ia dilabel sebagai VibTil-l. Kemudian VibTil-l melalui ujian biokimia bagi mencirikan kedudukan kumpulan bakteria tersebut. Ujian ini tennasuklab penggunaan ujian API20E , pewarnaan Gram, ujian motaliti, ujian penguraian karbohidrat, ujian pengoksidaan, tindakbalas metil merah, tindakbalas Voges-Proskauver, ujian OF, ujian indol, lysin dan arginine. Sesudah bakteria dicirikan sebagai kumpulan vibrio alginolyticus, satu ujian penerimaan antibiotik dijalankan sebelum ujian virulen keatas ikan tilapia merah dilakukan. Sesudah ujian antibiotik dijalankan, dapat dikenalpasti bahawa sulfamethoxazole, novobiocin, trimethoprim dan furazolidone merupakan agen antibiotik yang paling baik untuk merawat serangan bacteria jenis Vibrio alginilyticus. Sementara itu, agen seperti nitrofurantoin, kanamysin, streptomysin dan 0129 DD15 menunjukkan keberkesanan yang sederhana namun boleh juga untuk digunakan sebagai agen rawatan serangan penyakit jenis Vibrio alginilyticus. Vibrio alginilyticus tidak menunjukkan sebarang kesan terhadap ampicilin dan 0129 DD14. ini bennakna agen jenis ini tidak boleh digunakan sebagai rawatan terhadap serangan bakteria Vibrio alginilyticus. Ujian virulen dijalan keatas spesies anak ikan tilapia namun sesudah 10 hari ikan disuntik, anak ikan tilapia masih mampu untuk hidup.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Oreochromis sp, IPMB, Hatchery, antibiotic agent, Vibrio alginilyticus, tilapia
Subjects: S Agriculture > SH Aquaculture. Fisheries. Angling
Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 31 Oct 2013 07:33
Last Modified: 17 Oct 2017 05:18
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7453

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository