Penentuan diversiti genetik padi tanah kering Sabah dengan menggunakan penanda mikrosatelit

Lee, Wei Peng (2004) Penentuan diversiti genetik padi tanah kering Sabah dengan menggunakan penanda mikrosatelit. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001520.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian variasi dan hubungan di antara 20 sampel padi tanah kering Sabah yang dikumpulkan daripada beberapa lokasi geografi yang berlainan dianalisiskan dengan menggunakan lapan pasang primer mikrosatelit. Pasangan primer RM316 telah mengamplifikasikan dua lokus yang berbeza dengan konsisten maka ia diskorkan sebagai dua lokus yang berlainan. Kesemua sembilan lokus yang diuji ke atas semua sampel padi adalah bersifat polimorfik. Sejumlah 38 alel telah berjaya dikenalpastikan dalam semua lokus dikaji. Jumlah alel per lokus yang diperolehi berjulat daripada dna hingga sembilan. Bacaan purata bilangan alel yang diperolehi dan alel jangkaan, masing-masing merupakan 4.2 dan 2.9. Tambahan juga, min heterozigositi cerapan dan jangkaan, masing-masing bernilai 0.4000 dan 0.5352. Daripada jumlah sembilan ujian ' Chi-square' yang telah dilakukan, didapati hanya satu yang lokus yang berada dalam persamaan Hardy Weinberg pada kebarangkalian, P = 0.05. Nilai frekuensi tertinggi dan terendah adalah 0.9500 pada lokus RM296 dan 0.0250 yang terdapat di lokus RM336. Dendrogram yang dibina berasa.skan nilai jarak genetik memmjukkan semua 20 sampel padi kajian dapat dikategorikan ke dalam dua kumpulan utama yang berkolerasi dengan taburan geografi asal sampel padi kajian. Ujikaji ini telah menunjukkan keberkesanan penanda mikrosatelit dalam mengesan polimorfisma yang membawa kepada identifikasi genotip dan penentuan diversiti genetik sampel kajian. Maka, aplikasi mikrosatelit harus digalakkan dalam program pembiakbakaan sewaktu fasa pemilihan tumbuhan dengan kromosom yang diinginkan daripada induk yang hampir sama secara genetik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: microsatellite primer, allele, hypelvariable, plant, chromosome, breeding program
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH426 Genetics
T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 31 Oct 2013 07:38
Last Modified: 17 Oct 2017 05:19
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7454

Actions (login required)

View Item View Item