Analisis minyak pati daripada Zingiber officinale var, officinale Roscoe dan Zingiber officinale var. rubrum Theilade dengan menggunakan kromatografi gas pengesan pengionan nyalaan (GC-FID)

Suria Isa, (2004) Analisis minyak pati daripada Zingiber officinale var, officinale Roscoe dan Zingiber officinale var. rubrum Theilade dengan menggunakan kromatografi gas pengesan pengionan nyalaan (GC-FID). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001539.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Komposisi kimia yang terkandung dalam minyak pati bagi kedua-dua spesies Zingiber officinale (Zingiber officinale var. officinale Roscoe dan Zingiber officinale var. rubrum Theilade) telah dikaji. Penyulingan hidro dilakukan ke atas rizom kedua-dua spesies Zingiber officinale telah menghasilkan minyak pati dalam julat 1.40 % - 1.50 %. Minyak pati yang diperolehi telah dianalisis menggunakan Kromatografi Gas Pengesan Pengionan Nyala (GC-FID) berturus kapilari jenis ATTM-5MS. Sebatian-sebatian meruap di dalam minyak pati ditentukan dengan mengira Indeks Kovats dan dibandingkan dengan nilai Indeks Kovats piawai. Hasil analisis yang diperoleh mengesan 24 sebatian meruap dalam rizom Zingiber officinale var. officinale Roscoe (halia). Manakala bagi rizom Zingiber officinale var. rubrum Theilade (halia bara) sebanyak 28 sebatian meruap telah dikesan. Sebatian-sebatian meruap utama yang dapat diramalkan melalui nilai Indeks Kovats dalam rizom Zingiber officinale var. Officinale Roscoe adalah α-humulene (12.03 %). Manakala α-humulene (6.11 %) dan 4-hydroxycinnamic acid (6.11 %) dan sebatian pentadecane (6.75 %) merupakan sebatian meruap yang utama dalam sampel Zingiber officinale var. rubrum Theilade.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Zingiber officinale, essential oil, dry rhizome, Hydro distillation
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 18 Nov 2013 03:04
Last Modified: 17 Oct 2017 05:33
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7502

Actions (login required)

View Item View Item