Gengukuran antropometri: Perbandingan di antara etnik borneo Kadazandusun, Bajau Dan Iban) di kalangan pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah

Phyllicia Taupik, (2007) Gengukuran antropometri: Perbandingan di antara etnik borneo Kadazandusun, Bajau Dan Iban) di kalangan pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001540.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menentukan status fizikal dan kesihatan di kalangan etnik dan seterusnya membuat perbandingan di antara etnik. selain itu objektif kajian ini juga adalah untuk melihat sama ada terdapat hubungan di antara etnik dengan pembolehubah seperti amalan, gaya hidup dan corak pemakananan.Kajian ini melibatkan 120 orang pelajar perempuan UMS yang terdiri daripada 3 kumpulan etnik Borneo iaitu, 40 orang Kadazandusun, 40 orang Bajau dan 40 orang Iban yang berumur di antara 20 sehingga 25 tahun. Kaedah yang digunakan untuk kajian ini adalah dengan membuat pengukuran berat , tinggi, nisbah pinggang-pinggul , lipatan lemak yang melibatkan 4 bahagian iaitu trisep, bisep, subskapula dan suprailiak serta subjek dikehendaki menjawab borang soal-selidik dengan disertai oleh pengkaji. Purata Indeks Jisim Tubuh (IJT) untuk populasi ini ialah 21.5 ± 3.6, manakala purata nisbah pinggang pinggul ialah 0.77 ± 0.04. Purata untuk peratus lemak ialah 28.4 ± 4.2 dan saiz rangka ialah 10.3 ± 0.5. 19.2% subjek dikategorikan sebagai kurang berat badan. Berlebihan berat badan ialah 10.8% dan obesiti ialah 3.3% dan lebih daripada 50 peratus (66.7%) adalah normal. Oi antara ketiga-tiga etnik, berlebihan berat badan dan obesiti adalah prevalens di kalangan etnik Kadazandusun dan Bajau, begitu juga dengan kurang berat badan. Etnik Iban adalah etnik yang paling kurang mengalami masalah berat badan. Daripada kajian ini didapati tiada perbezaan yang signifikan (p > 0.05) di antara IJT, saiz rangka, peratus lemak dan nisbah pinggang-pinggul di kalangan etnik. Perkaitan pembolehubah dengan etnik mendapati hanya teknik masakan yang kerap digunakan sahaja yang mempunyai hubungan yang signifikan iaitu P=0.03.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: ethnic, anthropometric, dietary habit, lifestyle, BMI, cooking technique
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 15 Nov 2013 07:07
Last Modified: 17 Oct 2017 05:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7523

Actions (login required)

View Item View Item