Kesan hormon terhadap penggandaan orkid Paphiopedilum Rothschildianum secara in vitro menggunakan protokom

Roslin Guadih, (2006) Kesan hormon terhadap penggandaan orkid Paphiopedilum Rothschildianum secara in vitro menggunakan protokom. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001556.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif projek ini adalah untuk mengkaji kesan hormon dalam media rawatan ½ Murashige dan Skoog (MS) yang mengandungi 2g/L arang, 2g/L pepton, 20g/L sukrosa dan 10% v/v air kelapa terhadap multiplikasi protokom orkid Paphiopedilum rothschildianum. Biji benih P. rothschildianum yang telah mencapai peringkat ketiga (protokom) digunakan sebagai eksplan untuk dikultur dalam medium ini. Protokomprotokom ini dikultur dalam medium ½ MS yang mempunyai hormon tunggal 6- benzilaminopurine (BAP) pada kepekatan 0 mg/L, 1.0 mg/L, 2.0 mg/I dan 3.0 mg/L, 1- asid naftaleneasetik (NAA) pada kepekatan 0 mg/L, 0.5 mg/L, 1.0 mg/L, 1.5 mg/L dan 2.0 mg/L dan 2,4-diklorofenolasiasetik (2,4-D) pada kepekatan 0 mg/L, 0.5 mg/L, 1.0 mg/L, 1.5 mg/L dan 2.0 mg/L. Protokom-protokom juga di kultur dalam medium ½ MS yang mempunyai kombinasi hormon auksin dan sitokinin. Peratusan eksplan yang membentuk protokom bam tertinggi adalah dalam medium ½ MS dengan 1.5mg/L 2,4-D dengan purata peratusan 40.0o/o±9.1. Protokom dalam medium ½ MS dengan hormon 1.5mg/L 2,4-D ini juga mencatatkan nilai bilangan protokom barn terhasil per eksplan yang tertinggi iaitu 4.2±2.2. Selain itu, keputusan juga menunjukkan bahawa peratusan multiplikasi eksplan dalam semua medium ½ kawalan dalam kajian ini adalah tinggi dan meningkat sepanjang 120 hari tempoh pengkulturan. Medium ½ MS dengan kombinasi hormon gagal mencapai objektif kajian ini dimana proliferasi protokom pada kedua-dua jenis kombinasi ini hanya wujud dalam peratusan yang sangat kecil iaitu kurang 10%. Medium dengan 3mg/L BAP menunjukkan peratusan membentuk pucuk tertinggi iaitu 38%±6.45. Semua medium½MS dengan hormon ini tidak efektif dalam perkembangan akar protokom P. rothschildianum walaupun terdapat beberapa protokom yang mencapai peringkat keenam namun ia hanya dalam peratusan yang sangat kecil iaitu kurang 3%.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: effect of hormone, Murashige, Skoog, Paphiopedilum rothschildianum, orchid protocorm
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Nov 2013 06:44
Last Modified: 11 Oct 2017 02:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7598

Actions (login required)

View Item View Item