Kekerapan malnutrisi di kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheng Hwa, Papar

Lee, Lay Hoon (2006) Kekerapan malnutrisi di kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Cheng Hwa, Papar. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001561.pdf

Download (9MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kekerapan malnutrisi di kalangan kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Cheng Hwa, Papar. Sejumlah 343 pelajar yang terdiri daripada 182 (54.5%) kanak-kanak lelaki dan 161 (45.5%) kanak-kanak perempuan dijadikan responden. Majoriti responden adalah Bumiputera Sabah, diikuti dengan Cina, Melayu dan India. Ukuran antropometri dilakukan untuk menilai indeks jisim tubuh (IJT) dengan merujuk kepada carta pertumbuhan IJT mengikut umur dan jantina. Borang soal selidik juga diedarkan untuk mendapat data demografi, sejarah perubatan, tabiat makan, tahap pengetahuan dan pengambilan makanan. Pengambilan makanan ditentukan melalui kaedah ingatan semula diet 24 jam dan soal selidik kekerapan pengambilan makanan. Semua statistik dianalisis dengan program SPSS versi 11.0. Ujian khi kuasa dua digunakan untuk menentukan perkaitan antara malnutrisi dengan status sosioekonomi (bilangan isirumah, tahap pendidikan ibu bapa dan jumlah pendapatan keluarga) dan malnutrisi dengan pengambilan kalori dan protein. Hasil kajian mendapati bahawa 30 (8.8%) responden mengalami kekurangan berat badan yang terdiri daripada 18 (9.9%) responden lelaki dan 12 (7.5%) responden perempuan. Terdapat perkaitan signifikan (p< 0.05) antara malnutrisi dengan status sosioekonomi. Didapati malnutrisi banyak berlaku pad a bilangan isirumah yang besar iaitu lebih daripada 5 orang ahli keluarga, tahap pendidikan ibu bapa yang rendah iaitu sekolah menengah rendah dan ke bawah serta pada jumlah pendapatan keluarga yang rendah iaitu kurang atau sama dengan RM1,000 sebulan. Terdapat juga perkaitan signifikan (p< 0.05) antara malnutrisi dengan pengambilan kalori dan protein responden. Didapati malnutrisi banyak berlaku pada responden yang mengambil kalori dan protein seharian kurang daripada pencapaian saranan RNI Malaysia 2005 iaitu di antara 0-66% daripada saranan RNI Malaysia 2005. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa kejadian malnutrisi masih berlaku di kalangan kanak-kanak sekolah rendah tersebut walaupun peratusan adalah rendah. Kanakkanak yang bermalnutrisi perlu sentiasa dipantau supaya status pemakanan mereka dapat diperbaiki.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: malnutrition, children, race, socioeconomic status, RNI, Malaysia, nutritional status
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 Nov 2013 06:49
Last Modified: 11 Oct 2017 02:12
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7603

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository