Kandungan logam berat (Ph, Cr, Zn) dalam air bawah tanah dikawasan bekas tapak pelupusan sampah Penampang Sabah

Aziz Ambou @ Ambiu, (2006) Kandungan logam berat (Ph, Cr, Zn) dalam air bawah tanah dikawasan bekas tapak pelupusan sampah Penampang Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001562.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian pemetaan data kualiti air bawah tanah telah dilakukan untuk melihat taburan pergerakan bahan pencemar di kawasan bekas pembuangan sampah. Bekas Tapak Pelupusan Sampah Penampang yang pemah beroperasi selama 10 tahun telah dipilih sebagai punca utama pencemaran air bawah tanah. Tiga bahan pencemar inorganik telah dipilih iaitu Pb, Cr dan Zn. Data-data hasil pemonitoran kualiti air bawah tanah untuk 7 telaga pemonitoran telah diperolehi daripada labatan Alam Sekitar (DOE) yang mengendalikan program pemonitoran tersebut manakala peta topografi diperolehi dari labatan Tanah Dan Ukur Kota Kinabalu. Data-data tersebut kemudiannya ditukarkan ke bentuk output 2D yang dipanggil sebagai Post Maps menggunakan perisian Surfer 8 dimana nilai setiap parameter dipaparkan dalam bentuk simbol titik berwarna untuk memudahkan penganalisaan. Analisis migrasi pencemar inorganik telah dilakukan berdasarkan perbezaan saiz simbol pada peta post supaya kesan aktiviti pelupusan sampah yang pemah dijalankan kepada kawasan di sekitamya dapat diramalkan. Daripada kajian ini, menunjukkan taburan kepekatan logam berat (pb, Cr dan Zn) adalah agak sekata iaitu masing-masing ≤0.002 mgl-1, ≤0.002 mgL-1 dan ≤0.03 mgl-1 untuk semua lokasi telaga dan nilai ini masih dibawah nilai Piawaian Kualiti Air Minuman. Dengan itu, kesimpulan telah dibuat bahawa migrasi pencemar Pb, Cr dan Zn dari kawasan bekas tapak pelupusan masih belurn memberikan kesan negatif yang signifikan ke atas kualiti air bawah tanah.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: groundwater quality data, pollutants migration, waste disposal site, Drinking Water Quality Standard, impact
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 Nov 2013 06:45
Last Modified: 11 Oct 2017 02:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7604

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository