Kesan kepekatan air kelapa dan media asas yang berbeza ke atas proliferasi protokom Phalaenopsis Gigantea

Suhaida Ayub, (2006) Kesan kepekatan air kelapa dan media asas yang berbeza ke atas proliferasi protokom Phalaenopsis Gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001569.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian penentuan medium asas dan peratus air kelapa yang sesuai bagi proliferasi protokom orkid Phalaenopsis gigantea telah dijalankan . Protokom orkid yang berusia 231 hari selepas percambahan digunakan sebagai eksplan. Dua jenis medium asas digunakan iaitu NDM dan XER yang setiap satunya dibarikan lima rawatan air kelapa iaitu 0%, 2.5%, 5.0%, 7.5% dan 10%. Medium asas tanpa penambahan air kelapa (0%) dijadikan sebagai kawalan. Setiap rawatan ini ditambahkan dengan 2.5g arang (2.5g/L) dan 20g sukrosa (20g/L). Hasil kajian selama tiga bulan menunjukkan bahawa penggunaan media asas dan kepekatan air kelapa yang berbeza tidak mempengaruhi peratus proliferasi protokom. Walau bagaimanapun, rawatan NDM+7.5% air kelapa menunjukkan pertambahan protokom baru yang tinggi dalam masa tiga bulan pengkulturan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: coconut water, basal media, protocorm proliferation, Phalaenopsis gigantea
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Nov 2013 03:22
Last Modified: 11 Oct 2017 02:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7621

Actions (login required)

View Item View Item