Transformasi Catharanthus roseus dengan menggunakan Agrobacterium tumefaciens

Loh, Poh Ian (2004) Transformasi Catharanthus roseus dengan menggunakan Agrobacterium tumefaciens. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001574.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tiga variati Catharanthus rose us yang berlainan warna bunga digunakan untuk melakukan transformasi dengan menggunakan Agrobacterium tumefaciens AGLI + pCAMBIA 1303. Pengaruh tempoh pra-kultur dan ko-kultur terhadap transformasi telah diuji. Biji benih C. roseus dikumpul dari sekitar Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu lalu dieambah dalam medium ½MS. Setelah hipokotil meneapai panjang kira-kira 4 cm, ia dipotong lalu dipra-kultur selama 0, 4, 8, dan 12 hari. Kemudian, eksplan diko-kultur bersama A. tumefaciens AGLI + pCAMBIA 1303 selama 3, 6, dan 9 hari pada medium yang mengandungi 200 mM asetosiringon. Eksplan dipilih dengan menggunakan 50 mgL-1 higromisin dan aktiviti gen gus diuji dengan ujian histokimia GUS. Pada tempoh pra-kultur yang singkat (4 hari), C. roseus dari variati putih telah menunjukkan peratusan eksplan dengan ujian aktiviti gen gus positif yang tinggi dengan peningkatan tempoh ko-kultur (9 hari). Apabila tempoh pra-kultur ditingkatkan untuk variati ini, hari ko-kultur yang pendek (3 hari) telah berupaya menghasilkan peratus eksplan dengan aktiviti gen gus yang tinggi (88.9%-100%). Untuk variati merah jambu, dengan peningkatan tempoh pra-kultur peratus eksplan dengan keputusan positif ujian GUS merosot sedikit. Untuk variati ungu, eksplan dengan 4 hari pra-kultur dan 6 hari ko-kultur telah menyebabkan peratus eksplan dengan keputusan positifujian GUS yang tinggi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Catharanthus roseus, colour of flower, Agrobacterium tumefaciens, transformation, gus activity.
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 21 Nov 2013 06:32
Last Modified: 11 Oct 2017 02:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7626

Actions (login required)

View Item View Item