Jerapan pewarna asid dan bes oleh Biojisim alga Sargassum sp.

Amrie Anwar, (2007) Jerapan pewarna asid dan bes oleh Biojisim alga Sargassum sp. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001575.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Jerapan pewarna Acid Blue 74 (AB74) dan Methylene Blue (MB) pada biojisim Sargassum sp. telah dikaji mengikut kaedah kelompok. Kajian ini melibatkan pengaruh masa dan kepekatan awal terhadap jerapan. Kepekatan akhir pewarna ditentukan dengan menggunakan kaedah spektrofotometer. Peratus jerapan AB74 dan MB didapati meningkat dengan peningkatan masa penggoncangan dalam. Kinetik tindakbalas jerapan AB74 dan MB ini adalah lebih mematuhi kinetik tertib pseudo kedua berbanding tertib pseudo pertama. Dari segi pengaruh kepekatan awal pewarna, peratus jerapan AB74 semakin menurun dengan peningkatan kepekatan manakala peratus jerapan MB pula semakin meningkat. Kedua-dua jerapan adalah lebih mematuhi isoterma Freundlich berbanding isoterma Langmuir. Perbandingan jerapan pada masa dan kepekatan awal yang sama menunjukkan peratus jerapan AB74 adalah lebih tinggi berbanding dengan MB.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: algal biomass, Methylene Blue, Acid Blue, dye concentration
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Dec 2013 06:33
Last Modified: 11 Oct 2017 02:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7639

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository