Analisis kromosom orkid hibrid Oncidium Gower Ramsey

Audrey Anak Jiris, (2007) Analisis kromosom orkid hibrid Oncidium Gower Ramsey. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001580.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Orkid hibrid iaitu Oncidium Gower Ramsey digunakan sebagai bahan kajian dalam analisis sitogenetik ini kerana bilangan kromosomnya belum dilaporkan lagi. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan bilangan kromosom bagi One. Gower Ramsey. Bilangan kromosom yang dijangkakan ialah 2n = 56, yang mana sama dengan induk diploidnya. Sebanyak tujuh pokok One. Gower Ramsey dikaji. Pokok-pokok ini diambil dari Orchid de Villa, Sabah. Sebanyak lima sampel akar diambil dari setiap pokok dan dibawa ke makmal untuk analisis. Sel dimasukkan ke dalam larutan perencat mitotik iaitu larutan 0.002M 8-hydroxyquinoline untuk memberhentikan proses pembahagian sel pada peringkat metafasa. Sel dimasukkan ke dalam larutan penetap iaitu larutan Farmer untuk mengekalkan peringkat pembahagian mitosis sel. Reagen Schiff dan larutan aceto-orcein digunakan untuk mewarnakan kromosom. Lima sel dipilih untuk analisis kromosom bagi setiap sampel akar. Bilangan kromosom pada setiap lima sel yang diperhatikan dikira dan dicatatkan. Bilangan kromosom diploid, 2n dalam One. Gower Ramsey ditentukan berdasarkan kepada frekuensi bilangan kromosom yang paling tinggi. Frekuensi bilangan kromosom yang paling tinggi bagi One. Gower Ramsey adalah 56. Kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan bilangan kromosom di antara One. Gower Ramsey dengan bilangan kromosom induk diploidnya.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: hybrid orchid, chromosome, Oncidium Gower Ramsey, diploid parent
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 03 Dec 2013 05:12
Last Modified: 11 Oct 2017 03:04
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7644

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository