Kajian penentuan kehadiran E. coli dan total coliform di pantai rekreasi Tanjung Aru, Sabah

Wan Mardhiah Wan Mahmood, (2006) Kajian penentuan kehadiran E. coli dan total coliform di pantai rekreasi Tanjung Aru, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001587.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Pengambilan sampel air bagi kajian penentuan kehadiran bakteria koliform iaitu E.coli dan total coliform (TC) di pantai rekreasi Tanjung Aru, Sabah telah dijalankan sebanyak empat kali pada bulan Januari hingga Februari 2006. Kajian ini dijalankan untuk menentukan kehadiran bakteria koliform iaitu E. coli dan TC di dalam air marin pantai rekreasi Tanjung Aru dan mengenalpasti punca-punca pencemaran air marin yang berkaitan dengan bakteria koliform najis. Empat buah kawasan pensampelan utama telah dipilih untuk kajian ini yang mana setiap kawasan merangkumi satu stesen air laut dan satu stesen air longkang. Kaedah Penurasan Membran yang berdasarkan Standard Methods APHA telah digunakan untuk analisis parameter E.coli dan TC di makmal. Kajian mendapati bahawa kesemua stesen air longkang mencatatkan bilangan bakteria E. coli dan TC yang paling banyak berbanding kesemua stesen air laut dengan julat bilangan E. coli (933 cfu 100 rnI-l - 2883 cfu 100 mrl) dan TC (3300 cfu 100 ml-1 - 5313 cfu 100 ml-1) Longkang L3 yang terletak berhampiran Kinabalu Yacht Club didapati paling tercemar dengan E. coli dan ini telah menyebabkan stesen air laut S3 juga mempunyai bilangan E. coli yang paling tinggi antara semua stesen air laut. Kesemua stesen air laut memberikan nilai julat bilangan E. coli (113 cfu 100 ml-1 - 243 cfu 100 ml-1) dan TC (1250 cfu 100 ml-1 2250 cfu 100 mrl). Stesen-stesen longkang mempunyai bilangan E. coli dan TC yang lebih tinggi berbanding stesen-stesen air laut kerana longkang-Iongkang ini menerima efluen-efluen domestik dan air sisa dari kawasan kondominium, resort dan medan selera yang dibina di sepanjang pantai tersebut dan seterusnya dialirkan ke pantai berdekatan tanpa dirawat terlebih dahulu. Secara keseluruhannya, air laut di kawasan pantai rekreasi Tanjung Aru berada pada tahap yang masih selamat untuk kegunaan rekreasi kerana nilai-nilai bilangan E. coli dan TC masih mematuhi nilai Kelas IIB Piawaian Interim Kualiti Air JAS 1987.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: E.coli, total coliform, Tanjung Aru beach, coastal water, bacteria pollution, APHA Standard Method, Standard lIB limit
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Dec 2013 02:04
Last Modified: 11 Oct 2017 07:02
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7710

Actions (login required)

View Item View Item