Kesan penggunaan tingkap hanning dan tingkap kaiser terhadap pekali FIR

Law, Winnie (2006) Kesan penggunaan tingkap hanning dan tingkap kaiser terhadap pekali FIR. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001592.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengurangkan kesan kebisingan dan menuras isyarat yang tidak diingini. Penggunaan FIR yang sesuai dapat meneapai tujuan tersebut dan isyarat yang lebih jelas akan didapati. Jerus penuras FIR yang direkabentuk dalam kajian ini ialah penuras FIR laluan rendah dan penuras FIR laluan tinggi dengan menggunakan kaedah tingkap, iaitu tingkap Hanning dan tingkap Kaiser. Objektif kajian ialah melicinkan isyarat, mendapatkan pekali penuras FIR untuk merekabentuk penuras FIR, mendapatkan jenis tingkap yang baik digunakan berdasarkan isyarat keluaran dan mengkaji kesan perubahan parameter seperti frekuensi pemotongan, Fc dan panjang penuras, N terhadap bentuk penuras FIR yang direkabentuk. Isyarat yang diambil dalam kajian ini ialah isyarat-isyarat yang terdiri daripada tiga frekuensi yang berlainan peringkat. Isyarat yang didapati dilicinkan dengan menggunakan tingkap Hanning dan tingkap Kaiser yang berlainan parameter β. Selepas itu, pekali penuras FIR dikirakan dengan menggunakan perisian Matlab untuk merekabentuk penuras. Isyarat keluaran yang dilicinkan dengan mengaplikasikan tingkap dibandingkan dengan isyarat asal , isyarat keluaran yang dilicinkan oleh tingkap Hanning dan tingkap Kaiser dibandingkan dan isyarat keluaran yang telah dituras dengan menggunakan penuras FIR dianalisiskan dalam graf-graf domain masa dan domain frekuensi. Kajian ini mendapati tingkap Kaiser adalah lebih baik daripada tingkap hanning kerana keistimewaan parameter β yang boleh berubah-ubah serta menghasilkan kualiti isyarat keluaran yang lebih baik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: effect of noisiness, background signal, lowpass filter, FIR, Hanning window, Kaiser
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Dec 2013 04:29
Last Modified: 11 Oct 2017 07:16
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7736

Actions (login required)

View Item View Item