Mengkaji keunikan kualiti bunyi yang dihasilkan dari kulintangan

Norbert Koupin, (2007) Mengkaji keunikan kualiti bunyi yang dihasilkan dari kulintangan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001595.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Eksperimen ini adalah untuk mengkaji keunikan bunyi pada kulintangan dengan bunyi alat muzik moden seperti piano dan gitar. Tujuan perbandingan ini adalah untuk mengkaji persamaan dan perbezaan bunyi frekuensi dari ketiga-tiga alat muzik berkenaan. Dalam menjalankan kajian saintifik terhadap bunyi kulintangan, ia terlebih dahulu dirakam dan ditukarkan kepada bentuk digital. Seterusnya, bunyi yang telah rakam akan dianalisis menggunakan perisian MATLAB yang terdapat dalam komputer. Dengan menggunakan perisian MATLAB ini, frekuensi bagi setiap bunyi yang dirakam dapat ditentukan. Selain itu, perisian MATLAB ini juga boleh memaparkan data dalam bentuk yang mudah difahami seperti graf. Eksperimen ini juga bertujuan mengkaji kaedah pembuatan kulintangan yang mana bahagian yang akan diutamakan adalah pada bahagian penyelarasan bunyi kulintangan. Kaedah yang digunakan adalah melalui pemerhatian yang mana ianya dibuat di salah satu tempat pembuatan gong serta kulintangan yang terkenal di Sabah. Didapati bahawa bunyi frekuensi kulintangan mempunyai beberapa keunikan antaranya mempunyai bentuk graf frekuensi tunggal, mempunyai nilai frekuensi yang sama pada semua bahagian apabila dipalu serta mempunyai bentuk graf frekuensi yang sama walaupun mempunyai nilai frekuensi yang berbeza pada set kulintangan yang lain.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: kulintangan, instrument, sound frequency, MATLAB, music
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Dec 2013 01:56
Last Modified: 11 Oct 2017 07:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7739

Actions (login required)

View Item View Item