Penggumpalan air keruh menggunakan bahan penggumpal biji Moringa Oleifera dan alum

Deyendra Bhaskar, (2007) Penggumpalan air keruh menggunakan bahan penggumpal biji Moringa Oleifera dan alum. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001601.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Keupayaan Moringa oleifera sebagai penggumpal semulajadi untuk air keruh adalah dikaji menggunakan kaedah 'jar test'. Parameter yang dikaji termasuk dos penggumpal, turbiditi awal, dan masa pengacauan. Nilai turbiditi diukur pada akhir setiap eksperimen. Sebagai perbandingan, eksperimen sama dijalankan menggunakan alum sebagai penggumpal. Pengaruh dos penggumpal untuk Moringa oleifera dan alum menunjukkan bahawa dengan penambahan dos akan mengurangkan turbiditi. Trend untuk kedua-dua penggumpal adalah sama. Dos yang optimum untuk kedua-dua penggumpal ialah 0.1 g. Manakala pengaruh turbiditi awal bagi Moringa oleifera menunjukkan peratus pengurangan yang tinggi berbanding alum yang menunjukkan peratus pengurangan yang rendah. Trend kedua-dua penggumpal adalah berbeza. Keadaan turbiditi awal yang optimum bagi kedua-dua penggumpal adalah berbeza dimana turbiditi awal optimum Moringa oleifera ialah rendah manakala turbiditi awal optimum bagi alum ialah tinggi. Pengaruh masa pengacauan untuk Moringa oleifera dan alum pula menunjukkan masa yang pendek diperlukan untuk proses penggumpalan berlaku. Masa optimum ialah 10 minit untuk alum dan Moringa oleifera. Trend dan optimum bagi kedua-dua ialah sama. Secara kesimpulannnya, kedua-dua Moringa oleifera dan alum adalah efektif untuk proses penggumpalan dalam air keruh.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Moringa oleifera, coagulation process, turbid water, aluminum sulphate, jar test
Subjects: Q Science > QD Chemistry
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Dec 2013 02:12
Last Modified: 11 Oct 2017 07:34
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7747

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository