Analisis mandiri pesakit kanser payudara bagi Hospital Queen Elizabeth, Sabah

Yew, Kam Keen (2007) Analisis mandiri pesakit kanser payudara bagi Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001607.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini dilakukan untuk menentukan tahap mandiri dan tempoh hazard bagi pesakit dari Hospital Queen Elizabeth dan perbandingan bagi bangsa pesakit dan selang usia yang ada hubungan signifikan dengan faktor .kanser payudara Kajian ini juga bertujuan untuk memberi gambaran tentang mandiri bagi kes kanser payudara. Selain itu, dalam kajian ini; didapati juga bahawa penyelidikan tentang kes kanser payudara tidak dititikberatkan. Penganggaran kadar kematian kanser payudara adalah perlu menggunakan kaedah analisis mandiri. Dalam analisis mandiri, kaedah yang digunakan adalah seperti sifir usia, fungsi mandiri, fungsi ketumpatan, fungsi hazard dan gambarajah Kaplan-Meier. Selain itu, perbandingan antara pembolehubah adalah menggunakan ujian Log-rank untuk menentukan nilai berertinya. Kajian ini adalah berdasarkan data yang diperolehi dari Hospital Queen Elizabeth. Pembolehubah yang dianalisiskan adalah umur dan bangsa. Ujikaji jantina tidak dapat dilakukan kerana data yang diperolehi adalah dari kaum wanita sahaja. Keputusan dari analisis adalah baik kerana kebarangkalian kematian bagi pesakit secara keseluruhan hanyalah 0.83. Selain itu, keputusan dari ujian Log-rank juga menyatakan bahawa perbandingan bagi pembolehubah bangsa dan selang usia tidak menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan untuk menyokong bahawa pembolehubah tersebut merupakan faktor yang menyumbang kepada kadar kematian.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: breast cancer, log-rank test, Queen Elizabeth Hospital, gender, survival rate
Subjects: R Medicine > RC Internal medicine > RC0254 Neoplasms. Tumors. Oncology (including Cancer)
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Dec 2013 04:56
Last Modified: 11 Oct 2017 07:42
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7753

Actions (login required)

View Item View Item