Pembangunan kordial jus nenas dan rempah campuran

Nor Haslina Hassin, (2012) Pembangunan kordial jus nenas dan rempah campuran. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001612.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan dengan tujuan untuk menghasilkan kordial yang berasaskan ekstrak nenas dan rempah campuran, mengenalpasti formulasi terbaik daripada 8 formulasi yang dihasilkan melalui ujian pemeringkatan BIB dan ujian hedonik. Formulasi terbaik mengandungi 6% ekstrak halba, 4.5% cengkih, 4.5% kulit kayu manis, 10% ekstrak nenas cair, 50% kandungan agen pemanis, 20% air perahan lemon, 0.05 % natrium benzoat dan 0.4% gam xanthan serta peratusan air, yang telah ditetapkan. Analisis proksimat menunjukkan kordial ini mengandungi 49.25±0.14 % kelembapan, 0.96±0.33 % abu, 0.63±0.13 % serat kasar, 0.64±0.00 % protein, 0.00±0.00 % lemak serta 57.66±0.00 % karbohidrat. Nilai kalori ialah sebanyak 233.20 kkal/100 g. Kandungan Vitamin C ialah 0.33±0.02 g/L manakala kandungan flavonoid ialah 1069. 67±0.58 mg/g RE. Ujian kimia bagi 8 minggu tempoh penyimpanan turut dikaji. Kandungan Vitamin C dalam kordial ini menurun secara signifikan iaitu 0.33 ±0.02 kepada 0.20±0.01 g/L, manakala kandungan flavonoid menurun daripada 1390±0.60mg/g Rutin Equivalent (RE) pada minggu ke-2, kepada 848.25±0.56mg/g RE pada minggu ke-8. Melalui Ujian fizikokimia, kandungan jumlah pepejal terlarut kordial tiada perubahan sepanjang tempoh penyimpanan, iaitu 59.00±0.00 Briks°. Bagi kelikatan kordial, penurunan berlaku daripada 52.54±0.04 kepada 42.73±0.21 centipose/mpa.s. Nilai pH kordial menurun daripada 3.93±0.01 kepada 3.69±0.01. Ujian mikrobiologi PCA dan PDA menunjukkan pertumbuhan mikroorganisma kurang daripada 2.5 x 102 colony form unit (cfu)/g. Ujian perbandingan berganda menunjukkan penerimaan keseluruhan pada minggu ke-2 ialah 4.02±0.14 dan menurun kepada 3.46±0.50 pad a minggu ke-8. Ujian pengguna mendapati 88% menyukai kordial ini.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: pineapple extract, formulation, BIB test, hedonic test, cordial, Total Soluble Solute
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 10 Dec 2013 06:20
Last Modified: 11 Oct 2017 07:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7758

Actions (login required)

View Item View Item