Kesan kaedah-kaedah pengeringan terhadap komposisi kimia dan aktiviti antioksidan dalam rumpai Laut Merah, Kappaphycus Alvarezii

Hoo , Ning Ying (2012) Kesan kaedah-kaedah pengeringan terhadap komposisi kimia dan aktiviti antioksidan dalam rumpai Laut Merah, Kappaphycus Alvarezii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
4Mb

Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan kesan keadah-kaedah pengeringan yang berbeza terhadap komposisi kimia dan aktiviti antioksidan dalam Kappahcyus alvarezii jenis varieti Giant. Kappaphycus alvareziitelah dikumpulkan dari Semporna, Sabah. Kappahycus alvarezii dikeringkan dengan lima kaedah pengeringan yang berbeza iaitu pengeringan sejukbeku, vakum, sembur, oven dan cahaya matahari. Komposisi kimia yang ditentukan adalah kandungan lembapan, abu, protein, lemak kasar, serabut kasar, serabut dietari dan juga mineral berdasarkan kaedah AOAC. Kandungan karbohidrat dikira daripada perbezaan jumlah data yang diperolehi. Aktiviti antioksidan dalam rumpai laut yang dikaji melalui ujian 2,2-di(4- tertoctyphenyl)-l-picrylhydrazyl (DPPH), kuasa antioksidan penurunan ferik (FRAP) dan ujian pelunturan beta-karotena (BCB). Jumlah kandungan fenolik dikaji dengan menggunakan reagen Folin-Ciocalteau. Spektrofotometer UV digunakan untuk menentukan aktiviti antioksidan dan jumlah kandungan fenolik. Terdapat perbezaan yang signifikan(p<0.05)bagi komposisi proksimat, serabut dietari, mineral dalam Kappaphycus alvarezii yang dikeringkan dengan lima kaedah pengeringan yang berbeza berbanding dengan sampel segar sebagai kawalan kecuali kandungan protein dan lemak di mana tiada perbezaan yang signifikan antara pengeringan sejukbeku dengan sampel yang segar serta pengeringan cahaya matahari dengan sampel yang segar masing-masing. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.001) bagi aktiviti antioksidan dan jumlah kandungan fenolik dalam sampel rumpai laut yang dikeringkan berbanding dengan segar. Tambahan lagi, terdapat korelasi yang tinggi antara jumlah kandungan fenolik dengan aktiviti pemerangkapan radikal bebas (DPPH) dan kuasa antioksidan penurunan ferik (FRAP) yang mempunyai r-square sebanyak 0.960 dan 0.988 masing-masing. Akan tetapi, terdapat korelasi yang lebih lemah antara kandungan jumlah fenolik dengan ujian pelunturan beta-karotena yang mempunyai r-square sebanyak 0.762. Perbezaan kandungan nutrien mungkin disebabkan oleh faktor spesis, kematangan rumpai laut, kedudukan geografi dan parameter persekitaran. Secara keseluruhan, pengeringan sembur tidak dapat mengekalkan kandungan nutrien yang lebih banyak berbanding dengan kaedah pengeringan yang lain, akan tetapi pengeringan sembur dapat mengekalkan aktiviti antioksidan yang lebih tinggi daripada kaedah pengeringan cahaya matahari dan oven. Pengeringan oven dapat mengekalkan lebih banyak nutrien dan aktiviti antioksidan berbanding dengan pengeringan cahaya matahari. Secara keseluruhannya, pengeringan sejukbeku adalah teknik yang lebih lembut yang tidak mendedahkan produk pada suhu yang tinggi dan membantu memelihara parameter-parameter kualiti seperti nutrien dan ciri-ciri antioksidan.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:drying method, chemical composition, antioxidant activity, red seaweed, Kappahcyus alvarezii, Semporna, AOAC method, freeze drying, temperature, nutrient
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7760
Deposited By:IR Admin
Deposited On:10 Dec 2013 14:16
Last Modified:10 Dec 2013 14:16

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository