Pembangunan garis panduan pemakanan bagi atlet remaja di Malaysia

Leong , Foong Chang (2012) Pembangunan garis panduan pemakanan bagi atlet remaja di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2976Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai status pemakanan atlet remaja dan membangunkan garis panduan pemakanan bagi atlet remaja di Malaysia. Sejumlah 225 atlet remaja yang dipilih seeara rawak dari SSTMI, Johor dan SMKDPM, Sabah dan min umur atlet remaja adalah 14.75 ±1.60 tahun. Diet rekod 3-hari telah digunapakai untuk penilaian diet manakala borang soal selidik tertutup direka bentuk untuk mengkaji latar belakang, tabiat makanan, dan amalan pengambilan makanan tambahan oleh atlet remaja. Keadah lipatan lemak di bawah kulit telah digunakan untuk mengukur jumlah peratus lemak di bawah kulit dengan alat kaliper Harpenden. Berat badan diukur kepada 0.1kg yang terdekat dan ketinggian diukur kepada 0.1cm yang terdekat. Seramai 23% orang atlet remaja telah menghadapi masalah obesiti. Pengambilan sumber protein, lemak, kolesterol, dan natrium seeara berlebihan oleh atlet remaja telah diperhatikan. Keperluan tenaga dalam sehari bagi atlet remaja tidak dieapai akibat daripada pengambilan karbohidrat yang tidak meneukupi. Kekurangan zat besi dan kalsium didapati serius di kalangan atlet remaja perempuan. Atlet remaja suka mengambil makanan sampingan yang tidak sihat seperti makanan ringan, makanan segera, dan produk bakeri. Garis panduan pemakanan yang berpandukan kepada masalahmasalah pemakanan atlet remaja di Malaysia telah dibangunkan dalam bentuk poster dan risalah untuk meningkatkan status pemakanan mereka dalam jangka masa yang pendek.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:nutritional status, adolescent athlete, dietary guideline, nutrients intake, food habit
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7767
Deposited By:IR Admin
Deposited On:10 Dec 2013 15:36
Last Modified:10 Dec 2013 15:36

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository