Analisis mineral terhadap air kelapa muda dari beberapa lokasi dan varieti berbeza yang terdapat di sekitar Kota Kinabalu, Sabah

Liew , Sook Yee (2012) Analisis mineral terhadap air kelapa muda dari beberapa lokasi dan varieti berbeza yang terdapat di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2903Kb

Abstract

Air kelapa muda mempunyai pelbagai jenis mineral tetapi maklumat bagi kandungan mineral dalam air kelapa muda masih terhad. Kajian ini untuk menentukan kandungan abu (%) dan mineral bagi tiga varieti kelapa (Kelapa Tinggi Malaya, Kelapa Pandan dan Kelapa MAWA) telah diambil di kawasan Kudat dan Papar, Sabah. Sebanyak 24 sampel buah kelapa muda telah diambil secara rawak dari dua kawasan penanaman kelapa untuk analisis mineral. Sebelas jenis mineral seperti kalsium (Ca), kromium (Cr), kuprum (Cu), ferum (Fe), kalium (K), magnesium (Mg), mangan (Mn), natrium (Na), selenium (Se), silikon (Si) dan zink (Zn) telah dikaji pada setiap bahagian kelapa (air, endosperma dan gabungan air dengan endosperma) dari lokasi dan varieti yang berbeza. Kandungan mineral dalam endosperma kelapa muda dan gabungan air dengan endosperma kelapa muda diekstrak melalui kaedah penghadaman basah manakala komposisi mineral dalam air kelapa muda pula dicairkan dengan menggunakan air nyahion. Kandungan mineral dalam sam pel kelapa muda ditentukan dengan menggunakan alat Inductively Coupled Plasma Optical Emission Spectrometer (ICP-OES). Hasil kajian mendapati mineral tidak tertabur secara sekata kuantiti di dalam air, endosperm a dan gabungan air dengan endosperma kelapa muda. Kalium adalah mineral tertinggi (401.83 mgjkg - 586.02 mgjkg) di antara semua mineral dan bahagian yang dikaji dalam kajian ini. Selain itu, keputusan kajian juga menunjukkan mineral dalam air kelapa muda berbeza secara signifikan (p<0.05) berdasarkan varieti dan lokasi penanaman kelapa. Tambahan pula, didapati air kelapa muda bagi Kudat mempunyai mineral yang lebih tinggi berkorelasi secara signifikan (r=-0.829, p<0.05) dengan jarak kawasan penanaman kelapa dari laut. Kandungan magnesium dalam air kelapa muda semakin berkurang apabila kawasan penanaman kelapa semakin jauh dari laut. Kesimpulannya, air Kelapa MAWA dari Kudat didapati adalah buah kelapa terbaik kerana mempunyai kandungan abu (%), makromineral (Ca dan Mg) dan mikromineral (Cr dan Se) yang paling tinggi secara signifikan (p<0.05) berdasarkan varieti dan lokasi.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:young coconut water, mineral, Malayan Tall, Aromatic Dwarf, MAWA, location, macromineral
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7778
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 Dec 2013 11:22
Last Modified:16 Dec 2013 11:22

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository