Persepsi penduduk di Kota Kinabalu terhadap kopi herba sebagai minuman kesihatan

Khairunnisa Abdul Hamid, (2013) Persepsi penduduk di Kota Kinabalu terhadap kopi herba sebagai minuman kesihatan. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001628.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Objektif penyelidikan inilah adalah untuk mengetahui persepsi penduduk di Kota Kinabalu terhadap isu pelabelan, keberkesanan dan keselamatan kopi herba dan hubungkaitnya dengan pembelian kopi herba. linjauan ini juga dilakukan untuk mengetahui samada terdapat hubungan di antara ciri-ciri demografi penduduk dengan tabiat pengambilan kopi herba. Melalui ujian kolerasi, didapati wujudnya hubungkait yang lemah (r<0.50) antara persepsi respenden dengan pengambilan kepi herba. Hasil ujian Khi-kuasa dua menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pemilihan jenis kopi herba dan jantina (X2=132.167, df=4, p=0.000) dan pemilihan sumber mendapatkan bekalan kopi herba dengan pendapatan bulanan (x2=89.755, df=20, p=0.000). Secara keseluruhannya pembelian kopi herba dipengaruhi oleh persepsi tetapi dalam kadar yang lemah dan terdapat hubungan di antara ciri-ciri demografi dengan tabiat pengambilan kopi herba. Analisis kimia dan analisis sensori dilakukan bagi menilai kualiti variasi kopi herba Kacip Fatimah dan Tongkat Ali daripada pengusaha tempatan yang terpilih. Analisis kimia yang dilakukan merangkumi analisis Kromategrafi Lapisan Nipis (KLN) dan analisis proksimat. Kajian sensori dilakukan untuk melihat persepsi panel terhadap atribut-atribut yang dikaji pada sampel kopi herba yang terlibat dan keputusan dianalisis menggunakan ANOVA satu hala pada aras keertian p≤0.05. Daripada analisis kimia yang dilakukan, kesemua sarnpel tidak menunjukkan kehadiran ekstrak herba dan majoriti sampel tidak mencatatkan nilai nutrisi yang sama seperti yang dinyatakan pada pelabelan maklumat nutrisi masing-masing. Dari analisis varians yang dilakukan, semua parameter yang diuji pada kedua-dua jenis kopi herba menunjukkan perbezaan yang signifikan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: perception, herbal coffee, labeling, Thin Layer Chromatography analysis, consumption habit
Subjects: T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions: SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 16 Dec 2013 03:19
Last Modified: 11 Oct 2017 08:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7780

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository