Kesan suhu pengeringan dan kandungan lembapan isirong kelapa kering ke atas kualiti minyak kelapa dara

Cheng , Wan Teem (2012) Kesan suhu pengeringan dan kandungan lembapan isirong kelapa kering ke atas kualiti minyak kelapa dara. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2311Kb

Abstract

Kesan suhu dan kandungan lembapan isirong kelapa kering telah dikaji ke atas kualiti minyak kelapa dara (MKD) dengan pendedahan kepada sembilan kombinasi suhu pengeringan dan lembapan isirong selepas pengeringan. Kaedah penghasilan MKD yang digunakan adalah pengeringan segar dengan pengekstrakan tekanan rendah yang diterangkan oleh FAG (2006). Tiga suhu pengeringan isirong kelapa yang berbeza (60°(, 70°(, 80°C) dan tiga lembapan isirong kelapa kering (9±1 %, l1±l%, 13±1%) yang ditetap dan diubah suai dari cadangan FAG (2006) telah digunakan dalam kajian ini. Nilai iodin MKD adalah di antara 7.03±0.14 hingga 7.32±0.29. Peratus kandungan lembapan dan kandungan meruap MKD di antara 0.09±0.06% hingga 0.2S±0.13%. Peratus asid lemak bebas MKD di antara 0.04±0.01 % hingga 0.17±0.02%. Nilai keasidan MKD di antara 0.13±0.02 hingga 0.48±0.05. Kesemua MKD menunjukkan takat lebur gelincir yang sama iaitu pada 2S.0±0.00°c. Didapati bahawa kandungan asid lemak bebas dan nilai keasidan MKD mempunyai korelasi (positif dan negatif) yang signifikan (p<0.05) dengan suhu pengeringan dan lembapan isirong kelapa kering masing-masing. Nilai iodin, kandungan lembapan dan takat lebur gelincir tidak mempunyai korelasi yang signifikan (p>0.05) dengan suhu pengeringan dan lembapan isirong kelapa kering. Sebanyak tujuh daripada sembilan kombinasi suhu pengeringan dan lembapan isirong selepas pengeringan telah menghasilkan minyak kelapa dara yang berkualiti iaitu dengan kelima-lima nilai ujian adalah berada di dalam lingkungan piawaian. Tiga lagi MKD kombinasi (ketiga-tiga adalah dengan lembapan isirong 13%) telah didapati dengan kandungan lembapan yang lebih tinggi daripada piawaian Philippine National Standard (2004). Akan tetapi, hanya enam daripada sembilan kombinasi dicadang untuk diaplikasikan ke dalam penghasilan MKD dengan kaedah pengeringan segar dengan pengekstrakan tekanan rendah. Kesimpulannya, julat suhu pengeringan yang sesuai digunakan untuk penghasilan MKD adalah 60°C hingga 80°C manakala julat lembapan isirong kelapa kering yang sesuai yang digunakan adalah 9% hingga 11%.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:drying temperature, moisture content, dried kernel, virgin coconut oil, low pressure extraction, combination
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7787
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 Dec 2013 11:52
Last Modified:16 Dec 2013 11:52

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository