Kajian awal penghasilan elektrik daripada sumber angin di Negeri Sabah

Siti Kartini Ali Ashgar, (2010) Kajian awal penghasilan elektrik daripada sumber angin di Negeri Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img]PDF
2253Kb

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada purata kelajuan angin yang terhasil di beberapa stesen utama di negeri Sabah iaitu stesen Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Kudat. Purata kelajuan angin diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia Cawangan Sabah merupakan data-data daripada tahun 1998 sehingga tahun 2009. Daripada data-data tersebut, penghasilan elektrik dapat ditentukan menggunakan rumus pengiraan kuasa angin. Beberapa faktor yang dikaji ialah penggunaan elektrik sepanjang tahun 2009 bagi sesuatu kawasan kediaman dan kawasan perindustrian serta bilangan turbin yang diperlukan untuk memenuhi keperluan penggunaan elektrik tersebut. Kos penyelenggaraan dan pemasangan turbin juga dikaji serta perbandingan juga dibuat untuk kos pembinaan penjanaan elektrik yang lain. Kos pembinaan per kuasa (watt) bagi setiap penjana elektrik juga diperolehi. Keputusan menunjukkan bahawa penggunaan turbin angin berkuasa rendah adalah sesuai digunakan di kawasan kediaman disebabkan purata halaju angin yang sesuai di keempat-empat kawasan tersebut manakala penggunaan turbin angin berkuasa tinggi tidak sesuai digunakan di kawasan perindustrian disebabkan purata halaju angin yang kebanyakkannya tidak dapat menampung turbin tersebut. Daripada segi keluasan tanah, pembinaan ladang angin memerlukan kawasan yang besar bagi menampung jumlah keseluruhan tenaga elektrik kawasan kediaman sekiranya hanya satu(l) ladang angin yang dibuat bagi sesuatu stesen, contohnya 0.45 km2 untuk stesen Kota Kinabalu, 0.03 km2 untuk stesen Kudat, 0.13 km2 untuk stesen Sandakan dan 0.27 km2 untuk stesen Tawau. Bagi kos pembinaan penjanaan elektrik per kuasa (watt), pembinaan turbin angin menggunakan kos yang sangat tinggi iaitu RM111,397 per watt manakala bagi penjanaan elektrik projek Hidro Elektrik Bakun sebanyak RM3,281 per watt dan penjanaan loji batu arang, Lahad Datu sebanyak RM3,333 per watt. Kesimpulannya, penggunaan turbin angin di kawasan kediaman dan perindustrian adalah tidak sesuai memandangkan kelajuan angin yang rendah hanya bersesuaian dengan penggunaan turbin angin berkuasa rendah, penggunaan kawasan tanah yang besar dan kos per unit tenaga watt yang tinggi jika dibandingkan dengan loji hidro dan arang batu.

Item Type:Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords:average wind speed, Malaysian Meteorological Department, electricity, turbine, consumption, watt
Subjects:T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions:SCHOOL > School of Science and Technology
ID Code:7794
Deposited By:IR Admin
Deposited On:16 Dec 2013 11:06
Last Modified:16 Dec 2013 11:06

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository