Luahan fosfat dan pepejal terampai semasa tempoh hidrograf ribut di Sungai Menggatal

Siti Maisarah Mohd Azmi, (2007) Luahan fosfat dan pepejal terampai semasa tempoh hidrograf ribut di Sungai Menggatal. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001648.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk memahami fungsi luahan sungai dalam menentukan kepekatan fosfat dan pepejal terampai semasa kejadian hidrograf ribut. Selain itu luahan sungai semasa aliran perlahan juga ditentukan bersama-sama kepekatan fosfat dan kandungan pepejal terampai. Daripada nilai kadar angkutan fosfat dan pepejal terampai yang diperoleh, beban fosfat dan pepejal terampai dapat dikira. Dua hidrograf ribut telah berjaya dicerap sepanjang tempoh kajian. Luahan sungai semasa hujan ribut ditentukan dengan menggunakan kaedah 'Manning' dan kaedah pembauran digunakan untuk penentuan luahan sungai semasa aliran perlahan. Nilai tertinggi luahan semasa pensarnpelan pertama (14 Disember 2006) adalah 139.33 m3s-1 dan semasa pensampelan kedua (17 Januari 2007) adalah 134.23 m3s-1. Hubungan diantara kepekatan fosfat dan pepejal terampai semasa hidrograf adalah positif di mana apabila kadar luahan sungai yang tinggi, kepekatan fosfat dan pepejal terampai turut meningkat. Jum1ah beban fosfat direkodkan semasa kejadian hidrograf ribut semasa pensampelan pertama dan pada pensampelan kedua adalah masing-masing 792 kg dan 740 kg. Manakala bagi jumlah beban pepejal terampai adalah masing-masing 1329 kg dan 433.54 kg.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: river discharge, concentration of phosphate, suspended solid, storm hydrograph period, sampling, Menggatal river
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 31 Dec 2013 03:22
Last Modified: 11 Oct 2017 08:35
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7801

Actions (login required)

View Item View Item