Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam pembelajaran Sains

Malisa Awang, (2007) Faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam pembelajaran Sains. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001651.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam pembelajaran sains serta menguji perkaitan tahap meminati sains mengikut jantina dan etnik. Selain itu, kajian ini juga untuk menguji sarna ada faktor motivasi serta minat mereka dalam subjek sains adalah berbeza mengikut jantina dan etnik. Sampel kajian melibatkan 300 pelajar yang dipilih secara rawak daripada empat buah sekolah di sekitar Likas, Kota Kinabalu. Ujian Khi-Kuasa dua digunakan bagi menguji perkaitan tahap meminati sains dan faktor motivasi mengikut jantina dan etnik manakala analisis faktor pula adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam pembelajaran sains. Analisis varians multivariat (MANOVA) digunakan untuk menguji sama ada faktor motivasi serta minat pelajar dalam subjek sains adalah berbeza mengikut jantina dan etnik. Hasil kajian mendapati tiada perkaitan bagi seseorang yang meminati sains mengikut jantina dan etnik. Selain tu, hasil kajian ini juga mendapati terdapat enam faktor utama yang mempengaruhi motivasi pelajar dalam pembelajaran sains iaitu kebaikan yang diperolehi kesan daripada pembelajaran sains, strategi pembelajaran yang aktif, rangsangan persekitaran, matlamat yang ingin dicapai, keupayaan serta pengalaman diri. Hasil ujian MANOVA pula mendapati tiada perbezaan yang signifikan antara faktor motivasi dan minat sains mengikut jantina tetapi terdapat perbezaan yang signiftkan antara faktor motivasi dan minat sains mengikut etnik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: science, learning, gender, ethnic, Chi-Square, influence, motivation, learning environment, experience
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 31 Dec 2013 03:21
Last Modified: 05 Oct 2017 06:39
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7804

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository