Penyaringan secara berkomputer elemen LTR retrotransposon di dalam genom manusia

Nurul Hidayah Mohamed Isa, (2007) Penyaringan secara berkomputer elemen LTR retrotransposon di dalam genom manusia. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001657.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menyaring retroelemen Gypsy dan Del daripada serangga Drosophila Melanogaster di dalam genom manusia. Retroelemen adalah eIemen bergerak yang mengandungi gen transkriptase berbalik. Elemen yang menggunakan perantara RNA ini boleh menyebabkan ketakstabilan genetik melalui mutasi penyisipan dan mutasi lain. Kaedah penyaringan yang digunakan adalah secara berkomputer. Retroelemen tersebut disaring di dalarn pangkalan data manusia. Retroelemen yang dipilih disusun dengan menggunakan dua cara; cara manual (penyusunan mata kasar) dan cara berkomputer (program c1ustalw). Pokok filogenetik khusus digunakan untuk melihat hubungan evolusi antara prob yang digunakan dengan retroelemen lain. Pokok ftlogeni universal pula digunakan untuk melihat hubungan antara retroelemen dan retrovirus. Daripada kajian sebanyak 773 elemen Gypsy dan 773 e1emen Del berjaya dipancing keluar daripada bank gen. Daripada jumlah ini hanya 100 e1emen Gypsy dan 100 e1emen Del dipertimbangkan. 28 elemen Gypsy dan 21 elemen Del disusun secara manual. Hanya 13 e1emen Gypsy dan 8 elemen Del disusun dengan menggunakan program clustalw dan pembinaan pokok filogenetik. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan retrolemen Gypsy dan Del pada serangga Drosophila Melanogaster ini telah dijumpai dalarn genom manusia. Kedua-dua elemen ini paling banyak didapati pada kromosom seks,X. Selain itu elemen-elemen ini turnt didapati dalam bilangan yang tinggi dalam kromosom autosom. Elemen Gypsy dijumpai di dalam kromosom pertama dan kedua. Elemen Del pula banyak terdapat pada kromosom kelima dan ketujuh.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: screen retroelement, Gypsy, Del, insect, Drosophila Melanogaster, screening method, autosom chromosome, retroelement
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 24 Dec 2013 03:13
Last Modified: 10 Oct 2017 06:28
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7824

Actions (login required)

View Item View Item