Kajian nilai nutrisi ke atas makanan tradisional kaum bajau di daerah Kota Belud,Sabah

Nurul Ashiella Hassan, (2012) Kajian nilai nutrisi ke atas makanan tradisional kaum bajau di daerah Kota Belud,Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
1890Kb

Abstract

Kajian ini dilakukan bagi mengenal pasti dan menentukan nilai kandungan nutrisi yang terdapat dalam makanan tradisional kaum Bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Sebanyak enam jenis makanan tradisional kaum Bajau telah di kenai pasti pada awal kajian iaitu kuih penjaram, kuih bahulu, kuih jala, kuih berati, kuih cincin dan ikan ampap Kandungan proksimat nutrisi dan kandungan mineral seperti natrium(Na), kalium (K), kalsium ((a), magnesium(Mg) dan ferum (fe) ditentukan dalam keenam-enam jenis makanan tradisional ini. Keputusan analisis proksimat adalah mewakili 100g berat makanan yang dianalisis. Keputusan menunjukkan ikan ampap mempunyai kandungan kelembapan, abu dan protein yang tinggi berbanding lima jenis makanan yang lain. Ikan merupakan sumber utama bagi protein. Kuih berati pula menunjukkan kandungan lemak yang tinggi di antara keenam-enam jenis makanan. Manakala kuih cincin pula menunjukkan kandungan serabut kasar tinggi. Bagi kandungan karbohidrat, kuih jala menunjukkan nilai min yang tertinggi di antara keenam-enam jenis makanan tradisional ini. Kandungan tenaga bagi 100g kuih berati ialah 469.17 kcal yang merupakan kandungan tenaga yang tertinggi di antara semua jenis makanan yang dianalisis. Manakala kandungan tenaga yang rendah terdapat dalam ikan ampap iaitu sebanyak 247.28 kcal/100g. Bagi analisis mineral, keputusan menunjukkan kandungan natrium, kalium, kalsium dan magnesium adalah tinggi di dalam ikan ampap berbanding lima jenis makanan yang lain. Kandungan natrium adalah disumbangkan oleh penggunaan garam yang tinggi dalam penyediaan ikan ampap. Bagi kandungan ferum, kuih bahulu menunjukkan nilai tertinggi berbanding jenis makanan yang lain.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:Bajau, traditional food, Kota Belud, nutritional value, nutrient content
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7833
Deposited By:IR Admin
Deposited On:19 Dec 2013 09:30
Last Modified:18 May 2015 12:36

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository