Proliferasi in vitro protokorm orkid Phalaenopsis gigantea

Kuik, Sok Hwa (2006) Proliferasi in vitro protokorm orkid Phalaenopsis gigantea. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001666.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian terhadap kesan medium terhadap proliferasi protokorm orkid Phalaenopsis gigantea telah dijalankan. Eksperimen dijalankan selama 112 hari di Makmal Tisu Kultur, Universiti Malaysia Sabah dengan menggunakan rekabentuk eksperimen rawak lengkap. Protokorm bagi P. gigantea yang dalam peringkat tiga digunakan sebagai eksplan yang dikultur. Medium XER digunakan sebagai medium basal. Kepekatan air kelapa pada kepekatan 0 %, 10 %, 15 % dan 20 % (w/v) dan arang pada jisim 0 g, 1 g, 2 g dan 2.5 g (w/v) telah digunakan sebagai jenis rawatan yang berlainan. Medium XER tanpa sebarang komponen tambahan digunakan sebagai kawalan. Parameter yang dikaji ialah bilangan protokom yang berproIiferasi dan bilangan protokorm bam yang terbentuk. Ujian ANOVA 2-hala menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan beerti di antara kesemua media rawatan yang dikaji. Terdapat dua jenis media yang lebih berpotensi dalam proliferasi protokonn iaitu media XER + 10 % air kelapa + 1 g/l arang dan media XER + 15 % air kelapa + 2 g/l arang. Kedua-dua media ini telah mencatatkan julat bilangan protokorm yang berproliferasi di antara (1 - 7) biji dan (0 - 6) biji masing-masing. Sementara julat bilangan protokorm baru yang terhasil adalah (2 - 34) biji dan (0 - 38) biji masing-masing.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Phaiaenopsis gigantea, proliferation, protocorm, Medium XER, ANOVA test
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Dec 2013 01:49
Last Modified: 10 Oct 2017 06:37
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7834

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository