Kajian awal in vitro kulat tanah yang berpotensi mengawal pertumbuhan kulat Ganoderma Boninense

Anis Mastura Abd. Manaf, (2006) Kajian awal in vitro kulat tanah yang berpotensi mengawal pertumbuhan kulat Ganoderma Boninense. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001667.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Satu kajian in vitro ini telah dijalankan untuk menentukan kulat-kulat dari tanah yang berpotensi mengawal pertumbuhan Ganoderma boninense, agen penyebab penyakit reput pangkal tanaman kelapa sawit (BSR). Ujian telah dijalankan dengan menggunakan teknik 'dual culture' pada suhu bilik. Jarak pertumbuhan miselia kulat G.boninense terhadap ku1at antagonistik telah dicatat selepas empat hari pengeraman. Kulat-kulat tanah yang berjaya diasingkan adalah Trichoderma, Penicillium, Aspergillus dan Mucor. Keputusan menunjukkan Isolat AM5 (Trichoderma) merupakan pereneat terkuat terhadap G. boninense dengan purata Peratusan Pereneatan Pertumbuhan Berjejari terhadap Ganoderma atau Percentage Inhibition Radial Growth of Ganoderma (PIRG) sebanyak 39.74%. Ini diikuti oleh Isolat AM8 (Aspergillus), Isolat AM7 (Mucor), Isolat AM4 (tidak diketahui), Isolat AM3 (Penicillum), Isolat AM11 (Aspergillus) dan Isolat AM13 (Penicillum) dengan masing-masing menunjukkan nilai purata PIRG sebanyak 26.28%, 19.28%, 17.51%, 15.80% dan 15.17%. Manakala Isolat AMI (Penicillum), Isolat AM2 (tidak diketahui), Isolat AM6 (Penicillum), Isolat AM9 (tidak diketahui), Isolat AM10 (tidak diketahui), Isolat AMl2 (Aspergillus) dan Isolat AMl4 (tidak diketahui) tidak menunjukkan perencatan terhadap G.boninense. Antara empat belas isolat yang diuji, Isolat AM5 (Trichoderma) adalah paling berpotensi sebagai agen kawalan hiologi untuk mengawal penyakit reput pangkal yang disebabkan oleh G.boninense.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: in vitro, Ganoderma boninense, Isolate, biocontrol agent, basal stem, inhibitor, oil palm
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Dec 2013 01:42
Last Modified: 10 Oct 2017 06:38
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7835

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository