Pengekstrakan DNA daripada ikan air tawar Sabah

Razmah Maidin, (2005) Pengekstrakan DNA daripada ikan air tawar Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001675.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengekstrak DNA daripada ikan air tawar menggunakan dua kaedah; kaedah lisis secara fizikal yang melibatkan proses-proses mekanikal dan kaedah lisis secara kimia yang melibatkan enzim Proteinase K. DNA yang diekstrak daripada kedua-dua kaedah kemudian dianalisis dari segi kualiti dan kuantitinya menggunakan analisis elektroforesis gel agaros dan spektrofotometer UV. Kedua-dua kaedah lisis berupaya memencilkan DNA daripada ikan air tawar. Berdasarkan keputusan analisis elektroforesis gel agaros dan spektrofotometer UV yang diperolehi, didapati kualiti DNA yang diekstrak menggunakan kaedah lisis secara kimia adalah lebih baik berbanding kaedah lisis secara fizikal yang mana 9 sampel daripada kaedah lisis secara kimia mempunyai jalur DNA manakala hanya 7 sampel daripada kaedah lisis secara fizikal untuk elektroforesis gel agaros, dan dua sampel daripada kaedah lisis secara kirnia ialah DNA tulen manakala hanya satu sampel kaedah lisis secara fizikal adalah DNA tulen bagi spektrofotometer UV. Kuantiti DNA yang diekstrak menggunakan kaedah lisis secara kimia juga lebih banyak berbanding kaedah lisis secara fizikal jika tidak berlaku kuantitasi DNA yang berlebihan daripada nilai absorban A260nm spektrofotometer UV. Keputusan-keputusan ini menunjukkan bahawa pengekstrakan DNA menggunakan kaedah lisis secara kirnia lebih baik berbanding kaedah lisis secara fizikal dan segi kualiti dan kuantiti DNA yang diperolehi.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: extract DNA, freshwater fish, physically lysis, chemically lysis, UV spectrophotometer
Subjects: Q Science > QL Zoology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 19 Dec 2013 01:39
Last Modified: 10 Oct 2017 06:47
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7843

Actions (login required)

View Item View Item