Komposisi nutrien dan kesan pengeringan terhadap kandungan fitokimia dan aktiviti antioksida dalam buah belunu, bambangan dan tarap

Lim , Mei Mei (2012) Komposisi nutrien dan kesan pengeringan terhadap kandungan fitokimia dan aktiviti antioksida dalam buah belunu, bambangan dan tarap. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2244Kb

Abstract

Kajian ini menjalankan analisis komposisi nutrien terhadap tiga jenis buah-buahan Borneo yang tumbuh liar di Sabah dan belum diketahui ramai di Malaysia, iaitu buah belunu (Mangifera caesia), bambangan (Mangifera pajang) dan tarap (Artocarpus odoratissimus). Ujian analisis dijalankan pada bahagian kulit, isi buah dan juga bahagian jerami bagi tarap. Sampel buah dikering dengan sejukbeku dan analisis proksimat dijalankan berdasarkan kepada kaedah AOAC tahun 2000. Kandungan lembapan bagi serbuk buah adalah dalam julat 26.78% hingga 8.80%, kandungan abu (11.56% hingga 3.40%), kandungan protein kasar (3.66% hingga 10.43%) dan kandungan lemak kasar (0.36% hingga 3.17%). Kandungan fenolik dan flavonoid adalah lebih tinggi dalam kulit buah daripada bahagian isi. Aplikasi teknik pengeringan sejukbeku (- 50°C) dan dalam oven (40°C) meningkatkan kandungan fenolik dan aktiviti antioksida dalam sampel buah. Peningkatan kandungan fenolik adalah lebih tinggi dalam majoriti sam pel yang dikeringkan dengan sejukbeku (p<0.05). Pertambahan kandungan fenolik menyumbangkan kepada peningkatan aktiviti antioksida dengan meninggikan kuasa penurunan ion ferik, FRAP dan keupayaan merencat radikel bebas 2,2-diphenyl-2-picrylhyrazyl (DPPH) dalam sampel buah, dengan analisis statistik menunjukkan hubung kait yang baik antara nilai kandungan fenolik dengan FRAP (R2=0.715) dan DPPH (R2=0.765). Pengeringan oven menurunkan kandungan flavonoid dalam sampel buah, tetapi bahan fitokimia ini dapat dikekalkan dan ditingkatkan dalam sampel yang dikering dengan sejukbeku. Teknik pengeringan sejukbeku didapati lebih sesuai digunakan untuk mengekalkan kualiti nutrisi buah-buahan Borneo yang dikaji.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:local Borneo fruit, bambangan, tarap, belunu, AOAC method, freeze drying, drying method, nutritional quality
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7865
Deposited By:IR Admin
Deposited On:24 Dec 2013 11:09
Last Modified:24 Dec 2013 11:09

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository