Kajian amalan pembelian makanan di luar rumah di kalangan kakitangan Universiti Malaysia Sabah

Koh , Kylye Khai Lye (2012) Kajian amalan pembelian makanan di luar rumah di kalangan kakitangan Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2350Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti amalan pembelian makanan di kalangan kakitangan UMS, fa ktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelian dan hubungan amalan pembelian dengan profil diet responden. Kajian ini dijalankan menggunakan borang soal selidik dan data yang dikumpul dianalisis menggunakan SPSS versi 19.0. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 244 orang kakitangan UMS yang terdiri daripada (52.9%, n=129 orang) lelaki manakala (47.1%, n=l1S orang) perempuan. Responden dikategorikan kepada tiga kumpulan umur, iaitu 19-29, 30-40 dan 41-50. Kajian ini mendapati majoriti responden (85.2%, n=208 orang) kerap membeli makanan di luar rumah. Faktor demografik seperti jantina, umur, pendapatan dan status perkahwinan mempengaruhi amalan pembelian makanan responden. Didapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi amalan pembelian makanan responden adalah faktor kemudahan yang dibekalkan iaitu disetujui oleh (84%, n=205 orang) responden. Faktor kemudahan, aktiviti sosial, aneka pilihan makanan, suasana dan servis dan iklan merupakan faktor-faktor yang mempengaruhi kekerapan pembelian makanan luar rumah (p<0.05). Amalan pembelian makanan luar rumah yang kerap menunjukkan pengambilan tenaga yang lebih tinggi daripada yang jarang, ini akan menjejaskan profil diet responden dalam jangka masa panjang. Ujian korelasi gagal menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan antara pengambilan tenaga dengan kekerapan pembelian makanan di luar rumah (p=0.095). Purata pengambilan karbohidrat, gula, protein, lemak dan natrium responden meningkat manakala pengambilan kalsium berkurang apabila kekerapan pembelian meningkat. Kesemua perubahan ini akan membawa kesan yang tidak diingini dalam jangka masa panjang. Aktiviti dan program pemakanan kini diarahkan untuk menangani tren peningkatan pembelian makanan di luar rumah. Oleh itu, strategi utama ke arah mencapai sebuah negara yang terdiri daripada rakyat yang sihat adalah melalui promosi gaya hidup sihat, termasuk memupuk budaya pemakanan sihat.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:food away from home, employees, diet profile, healthy lifestyle, eating culture
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7882
Deposited By:IR Admin
Deposited On:26 Dec 2013 11:03
Last Modified:26 Dec 2013 11:03

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository