Penghasilan coklat campuran rumpai laut Kappaphycus alvarezii

Noor Azwa Md Noor, (2012) Penghasilan coklat campuran rumpai laut Kappaphycus alvarezii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]PDF
2124Kb

Abstract

Projek penyelidikan ini dijalankan dengan bertujuan untuk menghasilkan coklat campuran rumpai laut, Kappaphycus alvareii. Sebanyak 9 formulasi telah dihasilkan. Tiga formulasi terbaik dipilih berdasarkan penilaian sensori menggunakan ujian pemeringkatan dan seterusnya satu formulasi terbaik ditentukan melalui ujian hedonik. F7 adalah formulasi terbaik dengan mengandungi likur koko 33%, lemak koko 27%, rumpai laut 6%, gula 33%, lesitin 0.5% dan vanillin 0.5%. Keputusan analisis proksimat bagi coklat campuran rumpai laut, Kappaphycus alvarezii menunjukkan bahawa coklat ini mempunyai 4.13 ± 0.13% lembapan, 28.50 ± 0.90% lemak, 4.78 ± 0.01 protein, 2.28 ± 0.81% serabut kasar, 2.36 ± 0.40% abu, 57.95 ± 0.00% karbohidrat dan 4.48 ± 0.22% serabut diet. Keputusan analisis fizikokimia coklat campuran rumpai laut, Kappaphycus alvarezii selama 8 minggu tempoh penyimpanan menunjukkan bahawa terdapatnya peningkatan takat lebur coklat daripada 28.15 ± 0.05°C. kepada 32.77 ± 0.01°C serta peningkatan kandungan asid lemak bebas iaitu daripada 0.66 ± 0.03 kepada 0.89 ± 0.03. Keputusan ujian mikrobiologi pula menunjukkan bahawa produk akhir yang telah disimpan selama 8 minggu adalah selamat dimakan. Ujian sensori perbandingan berganda menunjukkan sampel coklat yang disimpan pada minggu ke-6 dan minggu ke-8 masing-masing mendapat skor min yang lebih rendah daripada sampel coklat minggu ke-4. Kajian pengguna menunjukkan sebanyak 73% daripada 100 responden suka memakan rumpai laut, Kappaphycus alvarezii. Sebanyak 96 % daripada 100 responden menggemari coklat campuran rumpai laut, Kappaphycus alvarezii. Sekiranya dipasarkan, sebanyak 98 % daripada 100 pengguna akan membeli produk coklat campuran rumpai laut ini.

Item Type:Academic Exercise
Uncontrolled Keywords:chocolate, seaweed, Kappaphycus alvarezii, product development, ranking test, hedonic test
Subjects:T Technology > TX Home economics > Nutrition. Foods and food supply
Divisions:SCHOOL > School of Food Science and Nutrition
ID Code:7899
Deposited By:IR Admin
Deposited On:31 Dec 2013 11:14
Last Modified:31 Dec 2013 11:14

Repository Staff Only: item control page


Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository