Geologi am dan sifat-sifat kejuruteraan tanah di kawasan Poring, Ranau, Sabah

Norlina Anak Astana, (2007) Geologi am dan sifat-sifat kejuruteraan tanah di kawasan Poring, Ranau, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000000276.pdf

Download (8MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian, Poring, Ranau terletak di bahagian barat daya negeri Sabah yang meliputi garis lintang 05°59'U hingga 06°04'U dan garis bujur 116°41'T hingga 116°45'T dengan keluasan kawasan kajian merangkumi 96 kilometer persegi. Objektif kajian ialah mengkaji aspek-aspek geologi am, sifat-sifat kejuruteraan tanah di kawasan kajian selain menghasilkan peta geologi terkini kawasan kajian. Kawasan kajian telah mengalami sekurang-kurangnya tiga episod aktiviti tektonik dengan canggaan bertren barat lauttenggara dan timur laut-barat daya menghasilkan topografi perbukitan membulat dan dataran di kawasan kajian dengan sistem saliran di kawasan kajian adalah berbentuk dendritik, meander, selari dan trelis. Kajian sifat fiziko-kimia dan sifat kejuruteraan dijalankan ke atas sampel yang diambil di lima lokasi iaitu di Kampung Napong (K1), Kampung Bongkud (K2), Kampung Poring (K3), tepi jalan Poring (K4) dan tepi simpang jalan Poring (K5). Hasil analisis sifat fiziko-kimia menunjukkan semua tanah bersifat asid dengan julat nilai pH 4.72 hingga 6.51, di samping kandungan kelembapan semulajadi tanah berjulat 19.7% sehingga 76.37%. Daripada hasil analisis sifat-sifat kejuruteraan tanah, didapati bahawa nilai ketumpatan kering bagi sampel tanah berjulat di antara 1.35 mg/m3 sehingga 1.65 mg/m3 manakala kekuatan ricih maksimum tanah berjulat 0.14 kPa hingga 8.79 kPa. Sifat kebolehtelapan tanah di kawasan kajian adalah sangat rendah dan sampel K5 pula tidak telap.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Geological, Soil engineering properties, Kampung Poring, Ranau, Sabah, Geology
Subjects: ?? QE1-350.62 ??
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: Unnamed user with email storage.bpmlib@ums.edu.my
Date Deposited: 17 Nov 2011 05:38
Last Modified: 12 Oct 2017 07:30
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/792

Actions (login required)

View Item View Item