Analisis RAPD pada nenas (Ananos comosus) dari daerah Tamparuli, Sabah

Nur Ismak Muliana Hamaru, (2005) Analisis RAPD pada nenas (Ananos comosus) dari daerah Tamparuli, Sabah. School of Science Technology. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001735.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian hubungan di antara nenas daripada daerah Tamparuli. Sabah dilakukan dengan menguji kandungan Brix dan pH pada 40 sampel nenas yang dikumpulkan serta dianalisis menggunakan empat primer penanda molekular RAPD iaitu OPA-03, OPA-04, OPA-13 dan OPA-15. Nilai pH tertinggi dicatatkan adalah 3.7 dan pH terendah adalah 3.1. Purata pH keseluruhan sampel nenas adalah 3.37. Nilai kandungan gula tertinggi yang pula adalah 18.4% Brix manakala bacaan terendah adalah 6% sahaja dan purata bacaan Brix adalah 13.8%. Sejumlah 35 lokus berjaya diamplifikasi dan dikenalpasti. Indeks persamaan genetik varieti nenas yang terdapat di Tamparuli adalah tinggi iaitu di antara 1 hingga 1.27 dan purata 1.15 manakala jarak genetik semua sampel juga menunjukkan purata jarak 0.146235 sahaja. Ini kerana semua sampel yang dikumpulkan dari daerah Tamparuli secara rawak adalah daripada varieti Madu. Ini dibuktikan dengan kadar polimorfisma yang rendah iaitu 68.6% dengan keseluruhan jalur yang diamplifikasikan berjumlah 35 dan keseluruhan jumlah polimorfisma berjumlah 24.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: pineapple, RAPD primer, Brix, pH, sugar content, Madu variety, polymorphic rate
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 06 Jan 2014 06:18
Last Modified: 10 Oct 2017 07:58
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7942

Actions (login required)

View Item View Item