Mengenalpasti halaju bunyi menggunakan laser

Nur Hasli Basri, (2005) Mengenalpasti halaju bunyi menggunakan laser. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001737.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian yang dijalankan ini menggunakan laser sebagai sumber untuk mengukur halaju bunyi dalam cecair. Instrumen ultrasonik beroperasi dengan frekuensi 800 kHz memberikan corak interferens melalui sinaran laser helium-neon yang melalui cecair yang dijadikan sampel pengukuran. Lima sampel cecair dengan isipadu 500 ml yang terdiri daripada air suling, benzena, etanol, metanol dan karbon tetraklorida dijadikan sebagai sampel ujikaji. Ultrasonik digunakan kerana gelombang bunyi mi dapat merambat dalam cecair. Ujikaji dijalankan dalam keadaan gelap dan pengakuran dibuat berdasarkan jalur interferens yang terhasil. Skrin putih menunjukkan jalur terang dan jalur gelap. Melalui kaedah ini, tinggi jalur serta bilangan jalur diperoleh dan seterusnya nilai panjang gelombang bunyi serta halaju bunyi yang melalui ke lima-lima sampel cecair tersebut dapat dikira. Ujikaji yang dijalankan menunjukkan bahawa halaju bunyi dalam air suling, metanol dan etanol semakin bertambah apabila suhu meningkat sebaliknya halaju bunyi dalam benzena dan karbon tetraklorida semakin berkurang dengan pertambahan suhu. Halaju bunyi dalam air suling adalah paling tinggi berbanding dengan sampel cecair yang lain manakala halaju bunyi dalam karbon tetraklorida adalah paling rendah. Ini menunjukkan bahawa halaju bunyi dalam cecair dipengaruhi oleh suhu, ketumpatan serta ciri-ciri cecair tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: laser, sound velocity, liquid, Ultrasonic instrument, helium-neon light, temperature
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 06 Jan 2014 07:57
Last Modified: 10 Oct 2017 07:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7972

Actions (login required)

View Item View Item