Kajian mengenai taburan dan kelimpahan Macacafascicularis di Garama, Semenanjung Klias

Yoges Gopalan, (2005) Kajian mengenai taburan dan kelimpahan Macacafascicularis di Garama, Semenanjung Klias. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001738.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian untuk menentukan taburan dan kelimpahan Macaca fascicularis telab dijalankan di Kampung Garama seluas 0.28 km² di Semenanjung Klias, Pantai Barat Sabah. Kajian ini telah dilakukan pada bulan Ogos 2004 dan Disember 2004. Tinjauan dijalankan menggunakan bot melalui sungai dan berjalan kaki di kawasan perkampungan. Jarak keseluruhan yang merangkumi lima buah sungai dan kampung adalah kira-kira 23.25 km. Tapak persampelan merupakan hutan paya gambut, hutan paya bakau, hutan tepi sungai, hutan nipah dan padang rumput berpaya. Bilangan pemerhatian yang dilakukan pada sesi persampelan pertama adalah 65 manakala bilangan pemerhatian pada sesi persampelan kedua adalah 64. Keseluruhan 20 kumpulan yang terdiri daripada 171 individu M fascicularis didapati mendiami kawasan Garama pada sesi pers:;unpelan pertama. Kepadatan populasinya pula adalah 3.44 kumpulan per km² atau 29.43 individu per km2. Pada sesi persampelan kedua, kepadatan populasi adalah 3.25 kumpulan per km² atau 30.75 individu per km² bagi keseluruhan 22 kumpulan yang terdiri daripada jumlah individu sebanyak 208. Taburan M fascicularis sekitar kawasan Garama adalah tidak sekata. Macaca fascicularis lebih tertumpu di kawasan kampung dan tanaman kelapa sawit dan sepanjang Sg. Garama pada kedua-dua sesi persampelan. Kawasan Garama dicadangkan untuk dijadikan satu Taman Pemuliharaan dan kawasan pelancongan sebagai pengurusan pemuliharaan masa depan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Macaca fascicularis, Garama area, Conservation Park and Nature Tourism, observation
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 09 Jan 2014 05:57
Last Modified: 10 Oct 2017 08:00
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7973

Actions (login required)

View Item View Item