Geologi am dan kahan kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah berlempung di sekitar Ladang Segaliud, Sandakan, Sabah

Lim, Soo Lin (2006) Geologi am dan kahan kesan kapur terhadap sifat kejuruteraan tanah berlempung di sekitar Ladang Segaliud, Sandakan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001741.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kawasan kajian terletak di sekitar Ladang Segaliud, Sandakan iaitu pada kedudukan latitud 05° 42'U hingga 05° 48'U dan longitud 117°42'T hingga 117°48'T. Kawasan yang mempunyai keluasan 100 kilometer persegi ini terdiri daripada Melange yang berusia miosen tengah hingga miosen atas dan Endapan Kuatemer. Melange merupakan breksia gelongsoran yang terdiri daripada blok-blok batuan igneus bes dan ultrabes, chert, batu pasir serta syal dalam matriks lempung kelabu. Endapan kuaterner pula terdiri daripada pasir, tanah liat, sedimen butiran cert, serpihan batu. Tiga sampel tanah berlempung daripada melange telah diambil untuk analisis fiziko-kimia. Hasil analisis menunjukkan peratus saiz lempung pada sampel L1, L2 dan L3 masing-masing ialah 45.5%, 44.0% lodak, dan 42.6%. Tanah L1 dan L2 dikelaskan sebagai tanah lempung manakala sampel L3 adalah jenis lempung berlodak. Ujian had-had Atterberg menunjukkan sampel L1, L2 dan L3 dikelaskan sebagai berkeplastikan sederhana (C1). Nilai pH bagi kesemua sampel adalah beralkali iaitu 7.1, 7.6 dan 8.2 masing-masing bagi sampel L1, L2 dan L3. Ujikaji sifat kejuruteraan tanah menunjukkan sampel L1 mempunyai ketumpatan kering maksimum1.75 Mg/m3, sementara L2 ialah 1.83 Mg/m3,dan L3 pula ialah 1.70 Mg/m3. Ujian kekuatan kompresif pada sampel yang distabilkan dengan kapur menunjukkan penambahan kekuatan dengan penambahan kapur. Nilai optimum yang didapati pad a sampel L1 ialah 8% kapur, L2 8% kapur dan L3 ialah 6% kapur. Hasil analisis juga menunjukkan kekuatan bertambah dengan masa sampel diawet.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: period of preservation, pH, moderate plasticity, Atterberg limit test, melange, Quanternary deposit
Subjects: Q Science > QE Geology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 08 Jan 2014 02:48
Last Modified: 10 Oct 2017 08:03
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7976

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository