Penilaian prestasi sekolah rendah pada tahun 2005 di Kota Kinabalu

Ong, Mei Li (2007) Penilaian prestasi sekolah rendah pada tahun 2005 di Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001745.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menilai prestasi dan kecekapan 44 buah sekolah rendah di kawasan Kota Kinabalu, Sabah dengan menggunakan model Data Envelopment Analysis (DEA). Model ini memberi nilai kecekapan untuk setiap unit ujikaji yang digunakan untuk menjalankan pemeringkatan seterusnya memberi kedudukan kepada setiap unit ujikaji berdasarkan kepada dua faktor input yakni bilangan guru dan bilangan calon dan tiga faktor output yakni bilangan calon yang lulus dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR), bilangan calon memperoleh 5A dalam UPSR dan gred keseluruhan yang diperoleh oleh sekolah. Penilaian untuk kajian ini diperhatikan berdasarkan kepada nilai kecekapan untuk menentukan tahap pencapaian setiap sekolah rendah. Hasil perhitungan nilai kecekapan 1 oleh model DEA menunjukkan bahawa sekolah rendah tersebut adalah cekap dan diberi kedudukan pertama dalam proses pemeringkatan dan diikuti nombor yang lebih kecil daripadanya. Dalam analisis ini, nilai pemberat memainkan peranan dalam menentukan kepentingan dan tahap kecenderungan faktor-faktor yang dikaji dalam memberi sumbangan kepada setiap sekolah rendah. Nilai kecekapan yang dihitung adalah berdasarkan kepada kekangan dan nilai untuk faktor input dan output sekolah rendah yang lain. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat lima buah sekolah rendah yang cekap iaitu nilai kecekapan adalah 1 dan didapati 39 buah sekolah rendah yang kurang cekap. Namun ini tidak bermaksud bahawa 39 buah sekolah rendah adalah tidak berkualiti dan tidak cekap berdasarkan faktor lain

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: primary school, Data Envelopment Analysis, decision making unit, efficiency, academic performance
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 07 Jan 2014 03:08
Last Modified: 10 Oct 2017 08:07
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7980

Actions (login required)

View Item View Item