Pengaruh pasang surut perbani / anak dan waktu siang / malam pada komposisi hasil tangkapan pukat tiga lapis di perairan pantai UMS

Abd Hafis Hussin, (2008) Pengaruh pasang surut perbani / anak dan waktu siang / malam pada komposisi hasil tangkapan pukat tiga lapis di perairan pantai UMS. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001748.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian tentang pengaruh pasang surut perbani dan anak serta waktu siang dan malam terhadap komposisi hasil tangkapan dengan menggunakan pukat tiga lapis telah dijalankan di perairan pantai UMS pada Julai sebingga November 2007. Sebanyak lapan trip persampelan telah dijalankan pada waktu malam dan siang ketika pasang surut perbani dan anak dengan masa rendaman setiap pukat selama 12 jam. Empat trip kajian dilakukan masing-masing bagi pasang surut perbani dan anak. Pukat dipasang pada tiga lokasi yang berbeza iaitu Stesen 1 (06º 02.614' U / 116º 06.275 'T), Stesen 2 (06º 02.542' U / 116º 06.216' T), dan Stesen 3 (06º 02.491 ' U / 116º 06.168 ' T). Daripada kajian didapati bahawa sebanyak 32 spesies yang telah berjaya ditangkap dan dikenalpasti terdiri daripada daripada 25 spesies ikan, tiga spesies udang, tiga spesies ketam dan satu spesies belangkas. Keseluruhannya, sebanyak 459 ekor tangkapan berjaya ditangkap dan Leiognathus equulus (Kekek) merupakan spesies yang dominan dengan jumlah tangkapan sebanyak 225 ekor (49.02 %). Analisa statistik (Ujian Chi Kuasa Dua, Mann-Whitney U dan Kruskal-Wallis) telah dilakukan dengan menggunakan peri sian SPSS versi 12 untuk menguji hipotesis tentang pengaruh pasang surut perbani dan anak serta waktu siang dan malam terhadap komposisi tangkapan pukat tiga lapis di perairan pantai UMS. Keputusan analisa statistik menunj ukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam hasil tangkapan di antara pasang surut perbani dan anak. Manakala bagi faktor siang dan malam, didapati bahawa terdapat perbezaan yang sangat signifikan dalam hasil tangkapan di antara waktu siang dan malam. Ini menunjukkan bahawa hasil tangkapan pukat tiga lapis di perairan pantai UMS adalah lebih lumayan jika dipasang pada waktu malam berbanding siang. Manakala faktor pasang surut perbani dan pasang surut anak pula tidak mempengaruhi hasil tangkapan pukat tiga lapis di perairan pantai UMS.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: neap tides, catch, coastal water, three-layer net
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 07 Jan 2014 03:04
Last Modified: 10 Oct 2017 08:09
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7983

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository