Pengaruh faktor fizikal dan personaliti terhadap tahap pencapaian akademik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut, Kota Kinabalu

Vijaya Subramaniam, (2007) Pengaruh faktor fizikal dan personaliti terhadap tahap pencapaian akademik pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut, Kota Kinabalu. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001755.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan faktor fizikal Gantina, berat dan tinggi serta penglihatan) dan personaliti terhadap tahap pencapaian akademik pelajar. Dalam kajian ini, seramai 42 orang pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 aliran Sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut telah terlibat. Data bagi kajian ini diperoleh daripada rekod kad persekolahan pelajar (001) yang mengandungi butir peribadi pelajar, keputusan peperiksaan akhir tahun dan juga personaliti pelajar bagi tahun 2006. Analisis reliabiliti menunjukkan bahawa soalan-soalan dalam kad 001 mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa berat dan ketinggian tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Ujian-t sampel tidak bersandar pula menunjukkan bahawa tiada perbezaan pencapaian akademik di antara pelajar yang mempunyai penglihatan yang baik dengan pelajar yang menghadapi masalah penglihatan. Ujian ini juga menunjukkan bahawa personaliti pelajar tidak berbeza mengikut jantina. Hasil analisis faktor menunjukkan pembolehubah matapelajaran dapat dibahagikan kepada dua faktor yang dinamakan bidang konsep dan bidang kemahiran. Daripada anal isis ini juga, didapati personaliti pelajar terbahagi kepada dua faktor. Kajian ini juga mendapati pelajar lelaki mempunyai keputusan yang lebih baik dalam matapelajaran seperti Kimia, Sejarah, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan dengan min markah masing-masing adalah 40.57, 59.43, 33.67, 44.38 dan 28.90. Pelajar perempuan pula mengatasi pelajar lelaki dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Agama serta Moral dan EST (English in Science and Technology) dengan min markah 58.45 dan 63.76. Pelajar dengan personaliti positif juga menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam akademik.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: personality factor, academic achievement, Pearson Correlation analysis, gender, secondary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 08 Jan 2014 02:41
Last Modified: 10 Oct 2017 08:20
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/7991

Actions (login required)

View Item View Item