Potensi antimikrob ekstrak cendwan tiram Pleurotus sajor-caju

Shuhaida Mohd. Suberi, (2006) Potensi antimikrob ekstrak cendwan tiram Pleurotus sajor-caju. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001778.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kajian ini telah dilakukan untuk menentukan potensi ekstrak Pleurotus sajor-caju dalam aktiviti antibakteria dan antikulat dengan membandingkan kesan kepekatan ekstrak dengan jangkamasa pendedahan. Mikroorganisma yang digunakan adalah Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan Candida albicans. Ketiga-tiga mikroorganisma ini adalah penyebab kepada penyakit kulit seperti kudis, luka dan urinogenital. Sampel ekstrak daripada cendawan P. sajor-caju disediakan melalui teknik pengekstrakan Soxhlet. Bahan ekstrak kemudiannya diruapkan sehingga kering untuk mendapatkan sampel ekstrak yang asJi dalam bentuk pepejal. Kepekatan ekstrak yang digunakan dalam kajian ini ialah 1mg/ml, 10mg/ml dan 100mg/ml. Jangkamasa pendedahan yang digunakan pula ialah 30 minit, 60 minit dan 90 minit. Zon perencatan bagi bakteria diukur untuk mendapatkan nilai MIC, manakala pertumbuhan spora pada kulat dikira pada piringan agar. Nilai MIC bagi Bacillus subtius adalah > 0.99mg/ml, manakala bagi Staphylococcus aureus pula adalah > 1.00mg/ml. Secara keseluruhannya, kepekatan ekstrak 100mg/ml didapati telah menunjukkan kesan perencatan paling ketara. Keputusan ANOV A satu hala menunjukkan corak yang sarna bagi ketiga-tiga mikroorganisma dimana terdapat perbezaan secara berertj (p<0.05) pada kesan kepekatan ekstrak Pleurotus sajor-caju yang berbeza. Daripada kajian ini, ekstrak Pleurotus sajor-caju didapati menunjukkan kesan perencatan terhadap bakteria Bacillus subtilis, Staphylococcus aureus dan kulat Candida albicans.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Pleurotus sajor-caju, extract concentration, antibacterial, antifungal, microorganism, Soxhlet extraction technique
Subjects: Q Science > QR Microbiology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 13 Jan 2014 02:31
Last Modified: 10 Oct 2017 08:45
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8024

Actions (login required)

View Item View Item