Pecahan berlanjar bagi nombor bukan nisbah kuadratik

Tan, Siew Hong (2007) Pecahan berlanjar bagi nombor bukan nisbah kuadratik. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001786.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ihniah ini membincangkan pecahan berlanjar bagi nombor bulam nisbah kuadratik. Nombor-nombor bukan nisbah kuadratik yang dikaji dalam kajian ilmiah ini adalah nombor-nombor yang mempunyai penyebut bemilai satu. Dalam kajian ilmiah ini, pecahan berlanjar bagi nombor bukan nisbah kuadratik dihasilkan dan pecahan berlanjar yang terhasil kemudiannya dideduksikan untuk mendapatkan corak umumnya. Proses pengembangan pecahan berlanjar bagi nombor bukan nisbah kuadratik adalah berdasarkan kepada proses pengembangan pecahan berlanjar bagi nombor nisbah. Konvergen bagi nombor bukan nisbah kuadratik diperoieh berdasarkan kepada konvergen nombor nisbah. Dengan itu, nomber bukan nisbah kuadratik dapat diungkapkan dalam bentuk pecahan berlanjar. Hasil kajian mendapati bahawa pecahan berlanjar bagi nombor bukan nisbah kuadratik ialah pecahan berlanjar berkala. Dalam kajian ilmiah ini, dapat dideduksikan bahawa setiap nomber bukan nisbah kuadratik yang mempunyai √D yang sarna hanya berbeza dari segi hasil bahagi separa yang pertama suatu pecahan berlanjar berkala adalah berlainan, dengan syarat D ialah nombor integer positif yang bukan kuasa dua sempurna. Selain itu, dapat diperhatikan bahawa terdapat perkaitan antara nombor-nombor bukan nisbah kuadratik dengan berdasarkan kepada pecahan berlanjar yang telah dihasilkan. Perkaitan tersebut diungkapkan dalam bentuk persamaan. Pecahan berlanjar bagi nomber bukan nisbah kuadratik boleh diperoleh secara terus dengan menggantikan nilai x yang sepadan ke dalam persamaan yang mewakili perkaitan tersebut dengan x ialah sebarang nombor integer positif.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: quadratic irrational number, positive integer number, fraction
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 20 Feb 2014 06:51
Last Modified: 10 Oct 2017 08:51
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8034

Actions (login required)

View Item View Item