Pengenalpastian Glikoprotein Tamm Horfall dan O-glikan daripada otak dan buah pinggang tikus

Norazila Saniman, (2007) Pengenalpastian Glikoprotein Tamm Horfall dan O-glikan daripada otak dan buah pinggang tikus. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001788.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Glikoprotein Tamm-Horsfall (THP) terdapat dalam pelbagai jenis mamalia terutamanya di dalam buah pinggang. THP memainkan peranan dalam pertahanan terhadap serangan bakteria, sistem fisiologi dan patologi dalam mamalia. Dalam projek ini, THP diasingkan daripada organ tikus untuk memeriksa kehadiran THP dan O-glikan. Untuk tujuan tersebut, organ tikus diekstrak, dipencilkan dan ditulenkan untuk mendapatkan THP serta mengesan kehadiran THP melalui penggunaan SDS-PAGE. Keputusan yang diperolehi mengesahkan kehadiran THP pada kedudukan kira-kira 83-84kDa pada jalur gel SDS-PAGE bagi sampel otak manakala bagi sampel buah pinggang pula adalah antara 85-100 kDa. Ini adalah berpadanan dengan esei Bradford yang menunjukkan kepekatan protein di dalam otak adalah lebih tinggi berbanding di dalam buah pinggang iaitu 5.299 g bagi sampel MO1 dan 4.746 µg bagi sampel MO2. Sementara sampel MBPI pula adalah 3.917 µg dan kepekatan MBP2 adalah 2.585 µg. Seterusnya, kehadiran gula galaktosa di dalam O-glikan yang telah dilepaskan oleh enzim β-galaktosidase diuji dengan menggunakan kromatografi lapisan nipis. Walaubagaimanapun, tiada O-glikan dikesan melalui kaedah ini. Selain itu, aktiviti THP terhadap serum foetal bovin (FBS) juga diuji. Tiada algutinasi dan pemendakan diperhatikan. Ini menunjukkan THP tidak mempunyai reseptor untuk bertindak dengan serum-serum tersebut.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: Tamm Horsfall glycoprotein, mammalian species, kidney, Foetal Bovine Serum, O-glycan, protection
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 01 Apr 2014 05:21
Last Modified: 10 Oct 2017 08:54
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8037

Actions (login required)

View Item View Item