Analisis borang soal selidik kemasukan pelajar sesi 2004/2005 ke Universiti Malaysia Sabah

Abdul Ghani Selbi, (2005) Analisis borang soal selidik kemasukan pelajar sesi 2004/2005 ke Universiti Malaysia Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001793.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis borang soal selidik kemasukan pelajar ke UMS. Daripada kajian ini, analisis mengenai sama ada wujudnya perbezaan di antara min PNGK terakhir sebelum memasuki UMS bagi pelajar lelaki dan pelajar perempuan dapat dijalankan. Perbezaan di antara min PNGK bagi empat tahap keaktifan di dalam kelas dan empat tahap keterlibatan diri dalam aktiviti institusi turut dikaji. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk meninjau aspek-aspek yang dapat mempengaruhi pelajar supaya menuntut di UMS. Responden bagi kajian ini adalah pelajar baru kemasukan sesi 2004/2005 . Data daripada soal selidik dianalisis dengan analisis statistik berperihalan, ujian khi kuasa dua ketaksandaran, ujian t tak bersandar, ANOVA satu hala dan analisis faktor. Hasil analisis menunjukkan faktor jantina bukanlah faktor penentu pencapaian akademik pelajar. Pencapaian akademik pelajar dipengaruhi oleh proses pembelajaran yang diamalkan. Hasil daripada analisis faktor, didapati faktor pelajar memilih UMS diringkaskan menjadi enam komponen faktor utama. Di antara kesemua komponen faktor tersebut, didapati faktor persekitaran UMS memainkan peranan yang utama dalam menarik minat pelajar untuk menuntut di UMS.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: student enrollment, questionnaire, CGPA, gender, ANOVA test, analysis
Subjects: H Social Sciences > HA Statistics
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Jan 2014 05:34
Last Modified: 10 Oct 2017 08:57
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8044

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository