Kajian paras bunyi bising di kawasan perindustrian Kolombong, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah

Ganesan Thayalan, (2005) Kajian paras bunyi bising di kawasan perindustrian Kolombong, Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001795.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengukur paras kebisingan di 6 stesen kawasan perindustrian dan 4 stesen kawasan perumahan di sekitar kawasan perindustrian Kolombong, Inanam, Kota Kinabalu. Perbandingan dengan piawaian paras bunyi yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan JAS juga dibuat untuk menentukan status pematuhan paras bunyi bising di kawasan kajian. Pengukuran aras kebisingan diukur dengan menggunakan alat meter aras bunyi (SLM) model 2238 Mediator keluaran Brnel & Kjaer. Pengukuran bunyi dilakukan bagi setiap 10 minit untuk tempoh 24 jam. Paras Leq, Lmax dan Lmin di kawasan perindustrian adalah masing-masing dalam julat 41.1 dB(A) hingga 79.2 dB(A), 49.9 dB (A) hingga 100.6 dB(A) dan 30.1 dB(A) hingga 69.0 dB(A). Sementara di kawasan perumahan paras Leq, Lmax dan Lmin adalah antara julat 44.2 dB(A) hingga 78.4 dB(A), 51.2 dB(A) hingga 96.6 dB(A) dan 35.2 dB(A) hingga 67.0 dB(A). Oaripada keputusan yang diperolehi didapati bahawa 90% daripada bacaan nilai Leq yang direkodkan sepanjang persampelan untuk kesemua stesen melebihi paras yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) iaitu 65 dB(A) bagi perindustrian dan 55 dB(A) adalah perumahan.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: noise level, WHO, Department of Environment, noise pollution, noise meter
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 27 Jan 2014 06:24
Last Modified: 10 Oct 2017 08:59
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8046

Actions (login required)

View Item View Item

Browse Repository
Collection
   Articles
   Book
   Speeches
   Thesis
   UMS News
Search
Quick Search

   Latest Repository

Link to other Malaysia University Institutional Repository

Malaysia University Institutional Repository