Perkembangan regenerasi dan proliferasi protokorm Dendrobium Lowii

Siti Nurulwahidah Abdullah, (2005) Perkembangan regenerasi dan proliferasi protokorm Dendrobium Lowii. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001826.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kultur tisu adalah satu kaedah yang digunakan untuk membiakkan tumbuhan dalam masa yang singkat dengan hasil yang banyak. Dalam kajian ini, protokorm dari pokok jenis Dendrobium lowii digunakan sebagai sumber eksplan. Protokorm kemudiannya dikulturkan di atas media Knudson C (1946). Kajian dilakukan untuk menentukan kesan aditif, hormon pengawalatur tumbuhan dan juga kepekatan sukrosa terhadap regenerasi dan proliferasi protokorm Dendrobium lowii. Media ini telah dicampurkan dengan kompleks aditif [10, 15 and 20 % (v/v) jus tomato, 10, 15 and 20 % (v/v) air kelapa, 25, 75 and 125 g/l pisang and 2 g/lpepton], bormon pengawalatur [2, 4, dan 6 µM NAA, BAP dan zeatin], dan sukrosa [0, 1, 2, and 3 % w/v)] yang mempunyai kepekatan yang berbeza. 2 % (w/v) sukrosa sebagai media kawalan. pH media adalah 5.3. Protokorm diletakkan dalam bilik kultur pada suhu 25 ± 2°C dengan 24 jam cahaya lampu. Perkembangan protokorm dicerap setiap 30 hari. Pemerbatian dilakukan berdasarkan pemkembangan pucuk dan akar. Pemerhatian juga dibuat berdasarkan proliferasi protokorm bagi media kompleks aditif. Daripada kajian ini menunjukkan bagi media rawatan komples aditif, media 25 g/l pisang memberikan peratusan perkembangan pucuk dan juga akar yang tinggi dimana peratusan bagi perkembangan pucuk ialah 100 % manakala peratusan perkembangan akar ialah 93.3 ± 5.8 %. Bagi media hormon media 6µM BAP memberikan nilai peratusan perkembangan pucuk yang tertinggi iaitu 86.7 ± 11.5. Media 6 µM NAA menunjukkan peratusan perkembangan akar yang tertinggi iaitu 83.3 ± 5.8 %. Rawatan bagi kepekatan sukrosa yang berbeza menunjukkan 3 % (w/v) sukrosa memberikan peratusan perkembangan pucuk yang tertinggi iaitu 50 ± 10 %.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: tissue culturing technique, Dendrobium lowii, propagate plant, Knudson C, protocorm, proliferation, shoot formation
Subjects: Q Science > QH Natural history > QH301 Biology
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 28 Feb 2014 03:15
Last Modified: 11 Oct 2017 04:55
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8126

Actions (login required)

View Item View Item