Kesan jangkamasa prapenyejukan hidro terhadap kualiti simpanan betik (Caricca papaya cv Eksotika)

Nurul Ikhwan Muhidin, (2006) Kesan jangkamasa prapenyejukan hidro terhadap kualiti simpanan betik (Caricca papaya cv Eksotika). Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
ae0000001844.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Kesan jangkamasa prapenyejukan hidro (minit), dan tempoh penyimpanan terhadap ciriciri kualiti (keadaan visual warna isi buah, kepadatan isi, kandungan SSC, nialai pH, dan peratus perubahan berat) buah betik yang disimpan dalam tempoh , 2, 3 dan 4 minggu pada suhu 10ºC dikenalpasti. Buah betik (Caricca papaya) kultivar Eksotika dari indeks kematangan 2, dituai dari ladang di Tenom, Sabah. Sebanyak 160 biji buah betik dipilih dan dijalankan prapenyejukan hidro dengan merendarnkrumya di dalam air sejuk pada suhu 0 ± 1ºC yang mengandungi natrium hipoklorite selama 0 minit (kawalan), 8 minit, 15 minit, 30 minit dan 53 minit. Buah kawalan tidak menjalani proses prapenyejukan. Rekabentuk eksperimen adalah pemblokan secara rawak dengan bentuk faktorial untuk proses dengan prapenyejukan dan tanpa prapenyejukan x 5 tempoh penyimpanan (1 , 2, 3 dan 4 minggu). Suhu simpanan dalam 10ºC membolehkan kualiti visual bertahan lebih lama, % kandungan kelembapan adalah rendah pada mulanya kemudian meningkat kembali, dan nilai pH selia kepadatan isi mengurang dengru1 lebih perlahan dengan pertambahan jangkamasa prapenyejukan hidro. Walau bagaimanapun, prapenyejukan telah menyebabkan %PB yang tinggi. Kandungan SSC tidak dipengaruhi oleh rawatan dan tempoh penyimpanan pada aras keertian p≤0.05. Sungguhpun begitu, prapenyejukan adalah kaedah untuk mengekalkan kualiti visual dan nilai pH didapati mengurang dengan kadru' yang lebih periahan. Oleh itu, teduhan haruslah diberikan kepada buah betik untuk memastikan tekstur dan kualiti buah tidak rosak, terutamanya ketika dijual di gerai.

Item Type: Academic Exercise
Uncontrolled Keywords: effect of precooling, storage duration, temperature, papaya, Eksotika, visual quality, pH
Subjects: Q Science > QK Botany
Divisions: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: MDM SITI AZIZAH IDRIS
Date Deposited: 11 Feb 2014 02:36
Last Modified: 11 Oct 2017 05:11
URI: http://eprints.ums.edu.my/id/eprint/8152

Actions (login required)

View Item View Item